SERVIS & TUKAR BATERI BEZZA

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

HARI tu, lepas Sarapan Soto Nasi di Kampung Melayu, dalam pukul 10 macam tu, Iman bawa kereta pergi servis di Perodua. Sebelum kereta diservis, staf servis beritahu kerja selenggaraan, penggantian atau tambahan lain berserta anggaran kos. Apabila diberitahu, anggaran kos lebih RM400, terkejut beruk sikit.. kemudian Iman telefon beritahu mekanik beritahu bateri lemah dan perlu ganti coolant sebanyak 3 botol. Sk setuju ganti coolant tapi tak setuju ganti bateri, fikirkan ganti bateri di kedai bateri aje. Tapi dok fikir, bila kali terakhir Sk ganti bateri? Jumpa old post Cerita tukar bateri kereta tahun 2019. Sk congak-congak, jika ganti bateri setiap dua tahun maknanya tahun 2025 nanti baru tukar.  Tapi tak jumpa pulak post lain pasal tukar bateri ni.


Iman hantar gambar bil, pehhhh RM500 melayang, sebelum-sebelum ni servis kereta biasanya tak sampai RM400. 


Cari cari cari.. jumpa jugak gambar masa tukar bateri selepas tahun 2019 tu. Rupanya, dari 2019 tu, bulan Januari tahun 2022 baru Sk tukar bateri. Isk isk isk.. memang dah patut pun la baterinya dah lemah, ni dah tahun 2024 bulan Mac.


Sk tak post pasal tukar bateri masa bulan Januari 2022 ni di mana-mana agaknya. Sebab tu gambarnya masih duduk dalam galeri handphone lagi. Dua kali tukar bateri di kedai ni yang terletak di Taman Tasek.


Tukar kali ketiga ni tak sempat pergi Taman Tasek sebab Sk ada Jemputan Preview Ramadhan di ibis Styles Johor Iskandar Puteri. Balik dari iSJIP, Pak Inche beritahu kedai bateri di Taman Pulai Mutiara masih buka. 


Malam tu jugak pergi tukar terus. Harga bateri kereta RM230, Pak Inche belanja. Ni, nak kena tukar tayar pulak, dari hari tu nak buat, tak buat-buat, huhuhu.
Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Macam macam dimintanya kan. Biasanya kalau bateri hampir 2 tahun tu kena berjaga-jaga dah. Save duit Pak Inche belanja. hihi...

    ReplyDelete
  2. Saya pun selalu rujuk entri lama kalau hendak tahu cerita lama yang berkait dengan peristiwa sekarang. Tapi itulah, adakalanya tak sempat dijadikan entri. Kalau gambar masih ada dalam galeri, maksudnya kisahnya belum tersiarlah kan SK.

    ReplyDelete
  3. Bateri selalunya tahan 2 tahun.....lega semua dah tukar tu.....

    ReplyDelete
  4. Saya dah tukar tayar haritu, rasanya bateri pun coming soon ni

    ReplyDelete
  5. Nasib baik kereta sorong wak tak pakai bateri dan tak perlu servis

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!