ZIARAH PUSARA

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum WBT

ISNIN lepas, Sk adik-beradik sekali lagi berkumpul, kali ini di Tanah Perkuburan Mahmoodiah dimana arwah abah disemadikan 31 tahun lepas. 


Masa sampai, Angah, Cikwa, Izzat dan Indah tengah cangkul rumput liar. Tanah Perkuburan Mahmoodiah ni merupakan tanah perkuburan lama, Sk kurang pasti cara pengurusannya tapi jika waris tak datang bersihkan memang bersemaklah. Dekat sini juga banyak pokok besar dan terlindung dari jalan. Kau jangan berani-berani la nak datang seorang.


Siap kemas dan cantikkan rumah abah. 


Sebelum ni memang semak, Cikwa dah cangkul habis. Ini merupakan pusara arwah emak abah, Tok Pe'ah. Sejak lahir pun kami tak jumpa Tok Pe'ah ni. Ibu pun tak jumpa Tok Pe'ah.


Pusara Tok Pe'ah atau Rafeah binti Ismail.


Ini pula pusara Atok iaitu bapa arwah abah, Mohd Yasin bin Abdul Ghani (Ejaan jawinya bunyi Jani).


Arwah Atok ni pun kami tak sempat jumpa. 


Pusara Arwah Pak Besar, abang abah yang sulong, Haji Ismail bin Mohd Yasin.


Pusara Arwah Pak Andak, Salih bin Mohd Yasin. 


Pusara Arwah Pak Uteh, Hamzah bin Mohd Yasin. Dah cabutkan rumput dan gosok batu nisan setiap pusara. Inilah sahaja yang dapat dikumpulkan di sini sebab selepas itu tanah perkuburan di sini telah ditutup. Kalau sepupu-sepupu yang lain datang pun, mereka akan berbuat perkara yang sama, bersihkan semua kubur atok dan pakcik-pakcik.


Yang tak dapat disemadikan di sini kerana bermastautin di daerah/negeri lain adalah Pak Uda di Kluang, Pak Itam, Pak Chu, Mak Lang dan Mak Anjang di Melaka serta yang terakhir sekali Pakcik Din di Taman Mount Austin.


Masa arwah abah tinggalkan kami, Angah masih di Politeknik, Sk tengah kerja sambilan, Cikwa dan Cik Ani masih sekolah rendah. Along masa tu baru bersalin anak sulong. Ya Allah, kasihilah ibubapaku sebagaimana mereka mengasihi kami ketika kami masih kecil.


Selesai urusan di Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Sk, Cikwa, Indah dan Along ke Tanah Perkuburan Raudhah di Saleng pulak menziarah pusara ibu. 31 tahun lamanya.. ibulah ibu, ibulah abah. Semoga dengan pengorbanan ibu membesarkan kami, ibu dikurniakan syurga tanpa hisab. Dan semoga roh-roh mereka yang telah pergi tenang di sana dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh, Amiiinnnnn Ya Robbal Alamiiiinnn.

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Semoga almarhum ayahanda ditmptkan bersama pada syuhada dan solehin di dalams syurga amin.. alhamdulillah ramai2 dtg mmbersihkan pusara ayah..

    ReplyDelete
  2. Semoga semua kesayangan kita yang telah pergi ditempatkan dikalangan mereka yang beramal soleh... Al-Fatihah

    ReplyDelete
  3. Semoga mereka semua dah ditempatkan dalam golongan ahli syurga .

    ReplyDelete
  4. Lin pun haritu dah pergi membersihkan semua Kak, tapi semua keluarga yang meninggal di tempatkan di perkuburan Kebun Teh.. masa arwah Mak pun ikutkan dah tak boleh di situ, tapi kami bayar lebih nak dapatkan tanahnya tu, rezeki Mak dapat di situ bersama Abah, adik lelaki, dan atuk-atuk Lin.. moga mereka semua bersemadi dengan aman damai di kalangan orang yang soleh.. aamiinnn

    ReplyDelete
  5. Semue kita akan ke sana...semoga mereka yang sudah pergi ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman

    ReplyDelete
  6. semoga arwah ditempatkan dengan orang2 yg beriman .. aamiinnn

    ReplyDelete
  7. Aamin, mudah-mudahan dikumpulkan kita bersama seluruh ahli keluarga di syurga-,Nya kelak 🤲
    Ramai adik beradik arwah Ayah SK ye... Arwah Ayah PH 3 beradik je, semua pun dah kembali ke sana :(

    ReplyDelete
  8. al fatihah buat semua keluarga yang telah pergi

    ReplyDelete
  9. Biasanya kalau tak ada pengurusan ni, kariah akan bergotong royong sebelum Ramadan. Jika masih ada ruang disini, dapatlah arwah ibu disemadikan di sini bersama mereka yang telah tiada.
    Semoga mereka semua di tempatkan bersama kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Aamiin...

    ReplyDelete
  10. Aaminnn...semoga roh mereka ditempatkan disebaik2 tempat.

    Kubur arwah ayah & adik ammi pun kena dibersihkan sendiri..memang bersemak samun

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!