NASI LEMAK SAMBAL UDANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT

MENGENANGKAN Sambal Udang yang Pak Inche masak hari ahad lepas masih berbaki, Sk cadangkan malam tadi kami dinner nasi lemak. Pak Inche setuju, nasi lemak kan makanan kegemaran dia 😆.



Makan berdua aje sebab Iman dah dua hari balik kolej kerana ada Program Pertukaran Budaya bersama pelajar dari negara Jepun. Orang lain seronok cuti sem tapi Iman lagi seronok join macam-macam program di kampus. Pak Inche kata, sibuk mengalahkan ceo. Ni nanti bulan puasa, orang kelas online tapi dia tetap kena balik kolej sebab mengendalikan Bazaar Ramadan Raya UTM.


Panaskan rendang daging, jadi ada tiga la lauk nasi lemak semalam.. sambal udang, rendang daging dan telur. Telur ada dua cara.. lenggang dan mata kobau! 

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. bagus iman aktif tak lama lagi boleh pegang jawatan wakil MPP

    ReplyDelete
  2. Telur tu…lenggang ke, mata kerbau ke…semuanya sedap 😋

    ReplyDelete
  3. bagus Iman active dengan activity college...Dania pun kat Kelantan ni...ntah dia join persatuan apa ntah..ada aktiviti sampai ke Kelantan..dia Bendahari plak...bestnya nasi lemak..hari tu adik nak buat nasi lemak tapi x sampai hati...teringat kat arwah mak...

    ReplyDelete
  4. menggoda telur ngn udang sambal tu kak oi... bagusla iman tu bizi sana sini kak oi,dia suka

    ReplyDelete
  5. Penggemar nasi lemak rupanya. Samalah dengan husband saya. haha...
    Busy betul Iman, memang kalah CEO. hihi..tapi baguslah dia banyak terlibat dalam aktiviti kolej.

    ReplyDelete
  6. Cantik kejadian telur mata tu dan sedapnya udang sambal tu.

    ReplyDelete
  7. Mesti Iman seronok sangat dengan program dan tugas yang disandang, sampai sanggup korban masa dan tenaga serta masa cuti. Tahniah Iman! Iman wanita hebat!

    ReplyDelete
  8. bagus iman.. suka join projek.. nanti byk dapat kuasai skill.. mudah untuk kehidupan selepas kampus nanti..

    sedapnye nasi lemak sambal udang tu sis.. menjadi dan nampak meriah..

    ReplyDelete
  9. Ini kalo anak saya lihat, confirm dia akan minta secepatnya ke Malaysia 🤣. Suka sangaaat nasi lemak. Saya pernah coba buat, tapi failed saat bikin sambal 😅

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!