TAHLIL

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT

SUDAH pun 12 Ramadhan hari ini. Cuaca panas nampaknya, kain masih berputar dalam mesin basuh. Hari ni malas la nak buat apa-apa, boleh ke?


Alhamdulillah, selepas ibu meninggal Sabtu lepas, dapat mengadakan majlis tahlil beberapa kali. Malam pertama tu (Ahad) disebabkan kami masih penat lagi, Sk minta ustaz (kolej) adakan majlis tahlil di Surau Asrama. Sepanjang bulan Ramadhan ni di asrama ada menjalankan solat jemaah Maghrib, Isyak dan juga Solat Terawih setiap malam. Cik Ani masakkan Kuey Teow Goreng untuk berbuka puasa pelajar-pelajar di asrama. Selain tu, ada juga hidangan lain yang disediakan oleh pihak HEP (Hal Ehwal Pelajar). Kami pulak malam tu berbuka di Restoran Aisyah Adam. 



Isnin - Tahlil di rumah Angah selepas solat terawih. Sk berbuka puasa di rumah dulu dengan Pak Inche, Cikwa dan Indah. Dah lama sangat makan berbuka asyik beli di bazaar jadi hari tu Sk masak Kari Ayam dan Ayam Goreng, Pak Inche beli Sayur Kacang Panjang Goreng dan kuih di bazaar. Untuk majlis tahlil, Angah pesan Nasi Lemak Bungkus, kuih cara manis dan cara berlauk. Ada tembikai potong, Teh O Panas dan Sirap Limau.


Surau Kuarters Cikwa dan union tempat Along juga mengadakan tahlil untuk ibu. Hari khamis, sekali lagi Sk minta ustaz adakan Bacaaan Yassin dan Tahlil di Surau Kolej yang dihadiri rakan kolej dan pelajar. Syukur, sempat pesan goodies untuk majlis tahlis yang berupa beras premium. 



Ada yang kongsi gambar dan video di grup semasa Sk menyerahkan goodies. Dah macam mak pengantin pulak la.


Nampak air Fanta Hijau satu katon kat pejabat Sk, ada tinggal sebotol lagi. Sk pulak baru tengok Air Solero Viral di TT, Sk cakap dengan Faiz (technician), pinjam dulu air fanta tu. Faiz kata, air tu En Nas beli masa malam tahlil di surau asrama tu tak habis buka semua. Sk buat air solero, bulan puasa ni macam tak ada tenaga kalau cut sugar (alasan). 
Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alhamdulillah.
    Majlis tahlil dijalankan dengan lancar.
    Bulan puasa ni kami setiap hari minum jus buah tapi bubuh gula juga. Memang tak berapa bertenaga kalau minum yang tawar-tawar saja. Cuaca panas sepanjang hari, bila buka puasa hendak minum 3-4 gelas. Jamah makanan tak banyak mana.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...pasti ibu gembira menerima kiriman pahala tahlil untuk nya...Bunyi macam sedap pulak Air Solero tu

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah selamat majlis tahlil.. sedap nampak kuey teow goreng bersama udang tu.. :D

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah ... moga mendapat keberkatan dariNya..
    Kak nanti Lin nak PM akak tanya goodies beras tu beli mana.. nak survey untuk majlis kahwin anak...

    ReplyDelete
  5. Bolehhh...kadang kita perlukan rehat dan bermalasan tak buat apa².
    Alhamdulillah...masing-masing buat tahlil untuk arwah ibu. Idea bagus tu bagi goodies beras.
    Bolehlah guna alasan tu. Tapi minum sikit je tau!

    ReplyDelete
  6. yelah...silalah minum air solero buat tambah tenaga. sambil jeling mata

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!