SAHUR & BERBUKA HARI KE 4

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT



MELAWAT nenek jam 3 pagi di HSA, sebabnya, nenek berada dalam keadaan kritikal tapi masa kami sampai ni, nenek dah stabil.




Angah dan Cikwa tunggu di hospital manakala Ilham, Indah dan Abang Jaml balik ke rumah. Kami berempat (plus Cik Ani cari kedai untuk bersahur. Nampak, orang semua posing Pak Inche sorang fokus makanan.


Alhamdulillah, Reaz Corner ni buka bulan puasa ni. Restoran Yasin khabarnya tutup. Makan roti telur jer, Iman pulak dah beberapa hari aim nak makan maggi goreng.


Tengahari, sekali lagi berkampung di HSA sampai pukul 6.30 petang.


Kemudian balik ke rumah Cik Ani untuk berbuka dengan Angah, Ilham, Indah, Jeika dan Che Li. Cik Ani masih di hospital dengan Cikwa. Cikwa ambil giliran jaga malam walaupun tak boleh bergilir pun sebenarnya di wad ibu sekarang.


Ke laut lagi bila Indah buatkan nescafe o with sugar 🤭. 


Jeika makan tongkeng ayam rupanya. Tapi di gigit bahagian berdaging aje, rongak-rongak 😂.


Makan lontong dengan rendang daging lepas tu makan nasi impit dengan asam pedas ayam pulak. Berketul-ketul nasi impit masuk perut.


Pak Inche berbuka sorang di rumah. Lepas habis kerja dia singgah bazaar Ramadhan beli Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah, Jus Tebu, epok-epok, Cucur Udang dan Bihun Soto. Moreh cucur udang dengan jus tebu la malam tadi 😆.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. semoga nenek kembali sihat dengan sepenuhnya..

    proses kehidupan yang perlu dilalui setiap org.. sihat, sakit, sihat, sakit, sihat, sakit.. sehinggalah kite kembali kepada Pencipta kita.. :(.. semoga kita dipangil kepadaNya dalam keadaan Dia sudah memberi keampunan kepada kita.. ameeeennnn

    ReplyDelete
  2. Semoga dengan berkat Ramdhan ni Allah kurniakan kesihatan yang baik untk ibu..
    Rasa macam nak sahur roti canai jugak la..Tapi tu la entah rajin entah tidak nak perginya tu..hihihi

    ReplyDelete
  3. Moga Bonda akak di beri keafiatan berpanjangan ye Kak..
    Kita dalam ramadan pun nnti ada makan mamak, biasa hujung-hujung laa gitu ..

    ReplyDelete
  4. SA lambat sampai ke entry ni...Salam Takziah SK..semoga arwah ibu tenang di sana...

    ReplyDelete
  5. Lontong dan teman2nya nampak sedap kak sk 😍. Jadi teringin lontong pula. Nih lah lagi cari yg bisa buatkan lonting utk lebaran nanti. Rata2 mendekati lebaran dah pada mudik pula 😅

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!