MAKAN-MAKAN PREVIEW RAMADHAN 2024

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT

YEY! Dah khamis.. esok, Jumaat, tentunya hari cuti tapi banyak juga kerja menunggu di rumah. Apo nak buat.. request orang gaji dah 23 tahun tak pernahnya lulus 🤣.


Tahun ini, tak banyak Preview Ramadhan Buffet yang Sk hadiri. Ada beberapa jemputan yang terpaksa ditolak kerana kekangan masa dan jarak serta ada yang bertindih. Tapi, sukar sekali ya nak menolak jemputan dari Thistle Johor Bahru Hotel ni. Datang berdua dengan Iman, Pak Inche bertugas Anugerah Sukan Johor 30. Boleh la baca berita ditulis Pak Inche .. boleh klik link di bawah 😍



Gambar pinggan pertama lepas tu tak tahu kenapa tak ambil gambar makanan lain. Banyak jugaklah makan, paling best makan durian goreng. Durian fresh jer tak makan sebab macam dah kenyang sangat. Silapnya hari tu, Sk makan pukul 4 petang 🤭.


Sempatlah bergambar dengan rakan JDT Blogger yang aktif review sana-sini, Suzy. Jumpa jugak yang lain-lain, Mia, Nona, Hernee dan Sis Lin tapi lupa nak bergambar 🤭.





Blogger Azian Khalil yang juga dikenali sebagai MY turut hadir. Suka baca celoteh MY dalam mengendalikan anak-anak dan syarikat milik suami dan MY sendiri.


Bertiga pulak, minta Sofea anak Mia ambilkan gambar.


Jemputan dari ibis Styles Johor ni bertindih dengan jemputan dari Suasana Suites Hotel.


Jemputan malam tadi dari Double Tree by Hilton Johor Bahru di Makan Kitchen.


Disebabkan Iman tarik diri saat akhir, sebab ada program bersama pelajar dari Jepun, jadi Sk ajak Fidah.


Pak Inche pun ado.


Kali ni agak istimewa sikit sebab dapat jemputan eksekutif bersama colleagues, Echah, Aenn dan Ari. Tu yang Sk pilih untuk ajak Fidah gantikan Iman.




Antara makanan yang masuk ke perut malam tadi. Rasanya ni antara preview yang Sk bangun banyak kali ambil makanan.. tulah yang kurus tuuuu.. hahahahahaha.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. saya duk tengok baju kuning akak cantiknya nampak berseri2

    ReplyDelete
  2. wah...seronok jumpa rakan2 blogger yang lain

    ReplyDelete
  3. baru tahu pak inche wartawan rupanya...

    ReplyDelete
  4. sedap semuanya kak oi, best dapat jumpa dengan MY tu...

    ReplyDelete
  5. Wahh banyak jemputan. Rezeki tu. Seronok dapat jumpa geng² JDT Blogger. Pak Inche turut memeriahkan majlis gitu. hihi..

    Kak, terperasan ada beberapa entry yang saya komen kat blog ni hilang. Masuk spam kot ek sebab komen banyak. huhu...

    ReplyDelete
  6. bestnye.. dpt jumpe kawan2 blog.. :D

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!