BERKUMPUL SAMBIL MAKAN-MAKAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum WBT

MINGGU depan, anak-anak akan kembali ke sekolah. Anak-anak di U pula akan kembali ke kampus. Walaupun telah diberitakan mereka akan menjalani kuliah secara online namun Iman tetap akan kembali ke kolej kerana dia lebih selesa belajar di kediaman. Tambahan lagi, ada tugasan dipikul di bahu apabila menjadi urusetia program bazaar raya kampus sepanjang Ramadhan. Izzat pula sedang di tahun akhir dan perlu menghadiri kuliah secara bersemuka. Cikwa juga dah habis tempoh bercuti dan terpaksa kembali ke KL meneruskan kehidupan. 

Agi idup agi ngelaban, kata Pahlawan Sarawak!

Memandangkan semalam sahaja ada masa lapang untuk semua worang, kami berkumpul malam tadi di rumah Cik Ani. Angah tengah demam tapi gagahkan diri jugak untuk datang. Cikwa sponsor kek dan ayam panggang dua ekor dari Baker's Cottage. 


Lagi 5 hari, hari jadi ibu yang ke 83 tahun. Syafakillah, ibu.


Cik Ani terkejut tengok ayam panggang BC dah jadi bulat 🤣.


Ada popiah otak-otak dan karipap pusar kentang berdaging.


Cik Ani masak nasi ayam jugak. Kali ni Sk datang bawa perut aje! Kueyteow banyak lebih, Sk tapau bawa balik, pagi tadi panaskan untuk sarapan.


Syukur Ya Allah kerana masih memberikan kami kesempatan untuk berkumpul. Sk juga doakan untuk para pembaca dan sahabat blogger agar diberikan kesihatan dan kesejahteraan di dalam menempuh kehidupan yang semakin mencabar, insyaAllah.. Amiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. seksi betul ayam tu geram tengok bontot hahaha...
    semua dah balik ke sarang ye kak..moga kita semua sihat panjang umur bertemu dengan ramadhan...

    ReplyDelete
  2. Happy Birthday kepada Ibu Kak Serikandi.. Semoga dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik.. InsyaAllah.. Ameeennnn

    Lagi sikit nak buka sekolah.. kite kembali kepada kehidupan normal.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  3. Maksud ayam jadi bulat tu apa Kak? Hahahaha kita tengok seksi..
    MOga Mak akak sentiasa di kurniakan kesihatan yang berpanjangann..

    ReplyDelete
  4. Seronoknya berkumpul adik beradik gini... Makanan pulak kemain meriah erk...
    Semoga Ibu sihat selalu 🤲

    ReplyDelete
  5. Bestnya dapat kumpul ramai2 makan2.

    ReplyDelete
  6. Syafakillah Ibu...Selamat menyambut Ramdhan Kareem

    ReplyDelete
  7. Alaaa...alaaa sedapnya popiah otak-otak tu. Nak rasa ayam panggang secubit SK. Nampak sedaplah.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah dapat berkumpul ramai ramai di kesempatan yang ada. Eh, eh lain rupa bila ayam BC begitu. Nampak bukan trademark dia dah. Best betul datang bawa perut je. Lagilah nikmat menjamu selera. hihi...

    ReplyDelete
  9. Aaamiiin.

    Momen2 bisa kumpul semua memang harus dimanfaatkan, kalo bisa saling ketemu. Terkadang susah nak kumpulkan satu kluarga komplit.

    Saya saja dengan adik2 belum tentu setahun bisa ketemu kak. Kami jauh2 semua, beda pulau pun.. jadi harus jauh2 hari sangat utk janjian ketemu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!