Assalamualaikum WBT
SEMALAM, Pak Inche memenuhi Jemputan Berbuka Puasa Menteri Besar Johor dengan Kelab Media Johor. Sk pun dah kembali ke landasan, menyambung ibadah berpuasa di bulan Ramadhan. Dalam perjalanan balik kerja tu, dok berfikir-fikir apa nak masak untuk berbuka. Nak pergi bazaar Ramadhan memang malas, lagipun masih awal lagi. Hari khamis, bulan puasa, balik pukul 2.30, bazaar pun baru nak buka. Sedang hari-hari lain bazaar dah buka pun malas ke bazaar, hehe.
Sampai rumah, buka freezer, nampak ayam dua ketul dalam bekas, kita rendam dulu. Apa nak masak, kita fikir kemudian, sama ada nak masak sup atau tomyam supaya boleh dibawa sahur sekali. Tekak teringin jugak nak masak lemak cili api tapi kunyit hidup tak ada. Karang guna kunyit serbuk, kena kecam pulak 🤭. Lagipun Pak Inche tak makan sangat masak lemak.
wah..seronok bila dapat banyak buah tnagan kan...dulu selalu gak dapat..tapi skrg dah takde boss x dapat dah la..kena tunggu boss baru masuk la
ReplyDeletebertuahnya dpt berbuka dgn YB. Sy ni x tahu bila la MB Kelate nak jemput..
ReplyDeleteSenang ada segala bahan-bahan. Cepat je siapnya tomyam tu. Baru teringat ada pes tomyam yang masih belum bukak. Encik suami tak suka makan tomyam. Tu yang jarang buat. Ohh Pak Inche tak suka masak lemak cili api eh. Wahh exclusive gila gift tu. Rezeki dapat kuih tart. Tak sempat raya dah habis dah tu kalau saya. hihi...
ReplyDeletePuas makan tart, jemnya pun banyak dan comel pula tu. Saya pun peminat tart, tapi belum beli lagi. Nak buat memang tak laratlah, tak ada mambangnya.
ReplyDeleteBetul-betul jadi tomyam tu, dah macam kat kedai Siam
ReplyDeletebuah tangan exclusive..kadang bila dapat yang exclusive macam ni sayang nak buka.duk simpan lepas tengok,tengok...itu saya la haha
ReplyDeletetart nanas tu macam premium ..bokeh bayang dah kesedapannya
ReplyDelete