SAHUR HARI PERTAMA: KARI TELUR & AYAM GORENG

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT

SYUKUR.. dapat bertemu Ramadhan tahun ini 1445H. Ramadhan tahun ini agak berbeza bagi Sk dan adik-beradik kerana ibu dimasukkan ke wad buat kali kedua tahun ini selepas tiga hari discaj. Puncanya tekanan darah rendah dan ibu tak mahu makan. Susah kami adik-beradik nak paksa, tahulah orang tua ni bukan macam kita masa jadi anak kecik-kecik dulu, apa mak bapak suruh makan, makan aje tanpa membantah.


Sahur hari pertama, Pak Inche request Kari Telur dan Ayam Goreng. Nasi Sk masak siap-siap malam tadi. Suku bahagian ayam, Sk potong kecik dan perap dengan garam kunyit. Bangun jam 4.30 pagi, lepas minum air segelas, terus goreng ayam dan masak kari telur. Telur tu pun sama, dah siap rebus malam tadi.


Tambah sambal belacan, berselera jugaklah makan. Sejak kecik memang selalu makan nasi awal pagi, sama ada sahur atau sarapan, jadi memang tak ada masalah nak makan berat. Siap masak, kedengaran azan berkumandang, kejutan untuk umat bangun bersahur. Iman dah balik kolej, sahur berdua ajelah. Siap sahur, kita soranglah sambung mengemas dapur, cuci kuali dan sambung masukkan kain dalam mesin basuh pulak.


Tangkap gambar dengan plakad Marhaban Ya Ramadhan sempena kempen Ramadhan kolej. Cantik langit masa ni.


Di kesempatan ini, Sk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Menjalani ibadah puasa dan tarawikh di sepanjang bulan mubarak ini. Semoga ibadah kita semua dinilai besar di sisi Allah swt jua dan dipermudahkan segala urusan, insyaAllah.

Wassalam.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alhamdulillah.. rezeki bertemu Ramadan lagi tahun ni.
    Menarik juga tu kari telur di waktu sahur. Okay esok nak masak

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, bertemu kita dengan Ramadhan.
    semoga mak SK cepat sembuh ya

    ReplyDelete
  3. Sahur kena makan berat, baru ada tenaga sikit kan. Siap sambal belacan tu, dah gaya berbuka ni. Barulah selera makan.
    Selamat berpuasa Mak Inche, Pak Inche dan Iman. Semoga dipermudah segala urusan ibu dan keluarga. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pun sedap tu gandingan kari dan ayam goreng...
      Lawo gambar Ramdhan macam gambar Raya

      Delete
  4. Sahur SA meriah semalam...mulanya macam payah jugak la nak makan...tapi makan aje..sambil makan sambil sebak2 di dada...

    ReplyDelete
  5. Selamat menunaikan ibadah puasa kak ☺️. Semoga lancaaar sampai akhir ramadhan yaaa.

    Dah lama pula tak makan gulai telur. Jadi nak buat 😄

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!