KARI IKAN MERAH & LAKSA PENANG 18 RAMADHAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT


SEMALAM pagi, ambil Iman di kolej. Sebabnya, baru teringat belum beli lagi shawl raya. Baju raya dah beli awal-awal di East Coast Mall masa Bercuti ke Kuantan, hari tu. Sk kalau nak beli shawl memang akan ke Angsana Mall, situ jer senang nak cari shawl dan ada banyak pilihan. Harga pun boleh pilih dari yang RM10 sampai RM79. Shawl raya kita carilah yang lip lap sikit tapi tak mampu lagi nak pakai shawl yang RM79. 


Lepas tu, Iman kata, boleh tak dia nak guna kereta sampai esok (hari ni). Jadi, sebelum balik rumah, Sk singgah kedai siap-siap. Teringat kat dalam freezer ada ikan merah dan kuah laksa Penang Cik Ani. Ikan merah ada tiga bahagian lagi bakinya yang mana tiga bahagian sebelum ni Sk masak asam pedas. Sk belilah bendi dan tomato untuk masuk dalam kari. Kuah laksa nak panaskan untuk moreh la kononnya, Sk beli laksa basah, salad, timun, cili merah, limau nipis dan nanas sebiji, total RM15.


Panaskan kuah laksa Cik Ani bagi bulan 4 tahun lepas, hahahaha. Lama giler eh simpan, sebelum tu Sk dah panaskan separuh, separuh lagi Sk frozen. Tak rugi la demand mintak Pak Inche belikan peti ais besar dulu, anak gajah pun boleh masuk agaknya.


Snap pic masa kuah kari tengah mendidih dalam kuali. Geng suka masak dalam kuali, masukkkkk!


Pak Inche beli Kupang Sambal. Banyak macam ni RM7 aje, murah betul!


Kuih wajib la kalau berbuka dengan Pak Inche. Dah lima hari tak berbuka sama, dah enam hari tak makan karipap, heheh. Selain tu ada talam ubi dan seri muka. Semua kuih RM2/4's.


Sayur Kacang Buncis Goreng Pak Inche beli jugak, RM2. Sk semalam tumbuk sambal belacan, Pak Inche tanya, kenapa tak guna ni (sambil tunjuk chopper). Entah, rasa rajin pulak nak menumbuk. Sambil menumbuk tu dok menggamit nostalgia tolong ibu tumbuk sambal belacan dulu-dulu. Ya Allah, ibu aku dah arwahhhh 🥹, masih macam tak percaya lagi.


Mangkuk Laksa Pak Inche. Dah siap perah limau ni dia tengah nak letak otak udang. Tapi tu la, baru nak berlagak buat Laksa Penang, Pak Inche boleh tanya, ni kuah laksa yang Cik Ani bagi ke? Hahah.. mesti Pak Inche perasan ada kuah laksa frozen dalam freezer tu. Ialah, dia kan tukang top up barang dalam tu, mahunya tak perasan.


Sk tak suka letak otak udang tapi suka letak nenas banyak. Tengok post lama, baru teringat, lupa nak letak telur rebus. Kuning telur rebus tu, kalau dah berendam kuah laksa, syok betul suap ke mulut, hehehe.

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Team masak dalam kuali masauk ni.. Nak masuk ikut mana ni Kak hahahahaha.. harini nak cari shellout laa, teringin pulakkkk

    ReplyDelete
  2. dari haritu lagi ni teringin laksa mamacella masak..ni tengok laksa akak plk penuh nenas tu yang buat tambah sedap..hantu laksa dekat asrama tu yang asyik tertangguh je nak masak nnt teringat2 dekat dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, cam tu kena tggu hantu laksa balik la baru ada mood nak makan, risau nt laksa umi walid masin sbb termasuk air mata umi.

      Delete
  3. Tak sia sia simpan, boleh panaskan balik. Lama betul tu. Macam jarang nampak orang jual laksa letak nanas. Kena olahkan sendiri baru dapat laksa ada nanas. Murah tu kupang dah masak banyak tu RM7.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la, Fiza. Memang tak ada org jual laksa letak nenas kan.

      Delete
  4. Ada gang rupanya. Ingatkan Kak Amie sorang yang simpan kuah laksa dari raya tahun lepas, rupanya SK pun sama hihihiiii!

    ReplyDelete
  5. Dulu suka juga masak dlm kuali, lebar senang nak mengacau kari. Tapi skrg rajin guna periuk pula 😁

    ReplyDelete
  6. Geng suka masak dalam kuali melapor diri🙋

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!