HADIAH TOP KOMENTATOR DARI AMIE'S LITTLE KITCHEN

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT


PADA awal Februari lepas, Kak Amie dari Amie's Little Kitchen telah membuat pengumuman Top Komentator Mac 2022 - Januari 2024 Amie's Little Kitchen. 


Dan keputusannya, Sk terpilih di antara 10 Top Komentator.. tu takpa ya, Sk tersenarai sebagai pengomen paling tegarrrrr dengan jumlah komen sebanyak 830 komen dalam tempoh dua tahun. Banyak masa lapang nampaknya 🤭.


Alhamdulillah, telah pun selamat mendarat hadiahnya ke Tanah Jauhar selepas melalui penerbangan yang agak jauh LD-KK-KL sejak Selasa lepas.


Kembang hati terima hadiah-hadiah kiriman Kak Amie yang berupa sehelai kaftan batik dari Terengganu, sekotak Baklava dari Turki, sebuah beg kecil dari Istanbul, rantai kunci dari Sarajevo dan Fridge Magnet dari Ohrid Macedonia.


Kaftan ni bolehlah dipakai semasa bermalam di hari raya di rumah mertua. Tahun ini giliran berhari raya di sebelah Pak Inche.


Cenderahati dari luar negara di mana Kak Amie melancong baru-baru ini. 


Baklava ni kegemaran Iman. Mujurlah kebetulan Iman balik sekejap minggu ni, dapatlah merasa baklava dari Auntie Amie.

Sekali lagi, terima kasih dari hati untuk Kak Amie. Semoga dengan kemurahan hatimu, Allah swt balas dengan 1000 kali kebaikan dan sejahtera selalu, Amiiinnnn YRA.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. tahniah SK...cenderahati pun berjalan jauh haa...moga rumah rezeki kak Amie...aamin

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dan Tahniah. Tumpang seronok.

    ReplyDelete
  3. Huyyooo.. Tahniahhh! Banyak masa lapanggg..ahahha

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Laju jew mambang terbangkan kiriman lintas Laut China Selatan.

    ReplyDelete
  5. syoknya dapat baju kelawar...

    ReplyDelete
  6. Wah....tena hijau...baklava hijau..kaftan hijau..
    Marilah kita bersama berkaftan malam raya nanti..Kaftan tu wangi sangat kan?

    ReplyDelete
  7. very the international your gift

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!