BERBUKA HARI KEDUA: GBW HOTEL JOHOR BAHRU

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

BARU siap kemas dapur, kita up satu entry baharu kisah berbuka hari kedua, memenuhi jemputan berbuka puasa dari GBW Hotel Johor Bahru. 


Bersama rakan blogger, Sis Lin, Farahuda, Nona dan orang baru balik Korea, Cik Sunah.. gelaran rasmi beliau Dr Hasunah.


Layanlah gambar ni keluar dulu.. antara hotel yang paling sedap durian gorengnya.


Jika hari pertama Sk ambil makanan western, kali ni Sk ambil nasi putih sebab tergoda dengan Sayur Pucuk Labu masak lemak. Ambil nasi setengah senduk kononnya.


Pak Inche pun makan nasi berlauk juga. Paling rare ada sambal udang petai.


Ada daging lembu dan kambing tapi Sk dah tobat la.. nanti sampai malam masih sakit rahang 😂. Remaja purbalah katakan.


Ambil mee rebus semata nak buat konten. Yang jaga stall tu, bekas pelajar kolej yang sedang part time di GBWH dan anak kawan fb Sk juga. Makan jugaklah separuh.. eh.. kenapalah dia jaga stall mee rebus bukan mee goreng, hahaha.


Tiga-tiga ni makan lepas makan nasi.. plus kopi o secawan.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Syoknya berbuka dengan geng blogger di hotel. Banyak menu sedap sedap pulak tu.

    ReplyDelete
  2. Hat lain takmau, nak durian goren dgn sambal udang petaj ja :D
    Wah, Ciksun dah balik ye.... Seronok gather² gini 👍

    ReplyDelete
  3. Syok ni Sk.
    Makan ditaja, dapat pulak berkumpul dengan rakan-rakan blogger.

    Durian goreng...rare tu.

    ReplyDelete
  4. Bestnya dapat berkumpul dgn blogger lain.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!