Assalamualaikum WBT
TENGOK post Ammi bawa anak³ beli keperluan sekolah, Sk pun ada jugak ni kenangan bawa anak² beli pakaian dan kasut sekolah tahun 2024 🤣. Tiberrrr pulak ada anak sekolah lagi ya.
Kisahnya, kan ibu Sk masuk hospital. Anak saudara Sk ada dua orang yang masih sekolah tapi maknya belum lagi belikan baju, ingat nak pergi beli tapi nenek budak-budak ni warded kan. Sk pulak kebosanan menunggu waktu melawat tu, jadi kita tolonglah bawa mereka berdua ni. Indah dah masuk Tingkatan 5 dan Zulaikha dah masuk darjah 2.
Kedai kegemaran kami setiap kali beli keperluan sekolah seperti pakaian dan kasut, Campbell Trading tapi kami panggil Kedai Gemuk. Orang BBU mesti tahu kedai ni yang terletak berhampiran Klinik Bio Sucinas. Sejak Iman sekolah dulu pun kami kerap membeli-belah di sini.
Paling best eh, masuk jer kedai, cakap nak apa, tunjuk siapa pakai, dia dah tahu saiz ðŸ¤. Sup sap sup sap, siap dah semua tersusun atas kaunter. Tapi, terkejut giler la, baju kurung putih Indah sehelai jer dah RM49.
Tunggu waktu melawat lagi ni, Indah dah balik, Zulaikha ikut Sk ke pejabat pulak. Kesian dia dari pagi duduk kat hospital. Haaa.. baru teringat, ni hari khamis, hari ibu Sk kena buat pembedahan minor memindahkan batu yang menyumbat di salur hempedu. Sk cuti masa ni.
Sebelum ke hospital untuk sesi melawat petang, singgah beli Cakoi Viral dan Zulaikha minta Takoyaki.
Kegemaran dia takoyaki ni, kata Cik Ani. Tak pasti la dia makan berapa biji, penuh takoyaki sekotak ni tak tahu berapa biji semuanya. Sekotak tu RM10.
Tiga sepupus berkelah di kaki bukit. Petang tu, sepupu-sepupu Sk, anak-anak arwah Mak Usu datang, jadi kita semua santai-santai jer la kat sini makan cakoi dan takoyaki.
Dah lama tak berkumpul sampai riuh kat halaman wad tu. Aduyaiii.. macam ni la bila dah lama tak berjumpa sebab sepupus ni ada yang tinggal KL dan Putrajaya.
baju sek memang mahal SK...kikiki
ReplyDeletenext year anak bujang tu masuk sek men, hr tu saja tengok2 harga seluar hijau tu, rm60-70.. dah macam seluar jeans pulak...mau mak beli selai je..pkai sampai lusuh...hahaha
Baju sekolah dulu pun harganya boleh tahan....sekarang apatah lagi.....takoyaki....lama dah tak makan...teringin pula.
ReplyDeleteadik2 Sa bising mengomel harga cekik darah baju- baju sekolah anak-anak..nak buat macam mana kan...
ReplyDelete