Assalamualaikum WBT
HUJAN lebat betul masa nak keluar rumah pagi tadi. Sejak kelmarin cuaca di JB agak panas membahang tapi sekali-sekala tiber hujan, haaaa.. cenggitulah. Hujan bukan di semua tempat dan boleh nampak la awan kelabu sarat membawa hujan bila-bila masa.
Ibu masih di hospital dan berada dalam keadaan stabil. Tak sakit sangat macam sebelum ini yang berpunca dari batu hempedu. Yang susahnya tu tak mahu makan langsung. Doktor kata, badannya dah kering kontang, air pun tak mahu minum. Kami adik-beradik dah tak daya memujuk, memaksa pun tidaklah. Karang mahu menjerit satu HSA bergegar pulak 🤣. Begitulah jaga orang tua sakit. Sebab tu ada pepatah, seorang mak boleh jaga 10 anak, tapi 10 anak tak boleh jaga seorang mak, huhu.
smoga dipermudahkan urusan jaga mak tu,
ReplyDeletesedap makan ikan siakap 3 rasa tu kann., hehe
moga cepat sihat ye makcik,cepat boleh balik rumah...
ReplyDeleteYe betul tu. Jaga orang tua sakit ni kena banyak bersabar. Memang tak daya nak memujuk kadang. Biasalah orang sakit, selera tak tahu mana hala. Semoga selera dia datang semula kembali bertenaga dan boleh keluar wad cepat. Aamiin...
ReplyDeleteBanyak dipesan tu, berbaloi dengan harganya. Paling tak suka kalau jenis masak dah lama dihidangkan pada kita. Jenis lepas pesan baru masak tu barulah selera makan.
dia letak harga dak-dak UTM gak
ReplyDelete