KEK TAPAK KUDA ORIGINAL

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT

KEKDAHNYA.. tepek gambar sebelum buang dari galeri 😂.


Kek Tapak Kuda beli di Majestic Johor Festival bulan Ogos tahun lepas. Kononnya nak edit dekat situ tapi malas, kita up post baru. Nanti edit situ orang tak baca pulak, tengok view ada 2000 lebih.. syukurrr la. Sedih ya sekarang tengok view post harian, senduuuu. Tak apalah, katanya, menulis bukan kerana nama kan.. huhu.


Ini pertama kali Sk beli Kek Tapak Kuda keluaran kek_tapak_kuda_nutella_jb. Tapi.. ini bukan pertama kali Sk beli dan makan KTK. Sk mula mengenal KTK sekitar tahun 2014 - 2015 dari seorang customer tart presser yang tinggal di Singapura, Kak Naz yang menggunakan resepi original Brunei

Beberapa tahun kemudian, ada jugalah beli dari tempat lain tapi hapak pulak keknya. Bila dah terkena kek hapak tu, lama jugak serik membeli, hahaha. 


Masa jalan-jalan di Majestic Johor Festival tu, dapat lah rasa tester kek ni, terus Sk beli. Boleh dikatakan KTK Nutella JB ni antara yang sedap Sk pernah makan menyamai rasa KTK Kak Naz. Sekarang ni jangan kata Tapak Kuda, dah tapak macam-macam haiwan ada. Kreatif betul orang buat kek sekarang walaupun sentiasa merungut bahan mentah mahal.. huhuhu.

Haaa.. siapa yang teringin nak makan KTKNJB ni boleh la call nombor yang tertera pada kotak.
Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Saya belum pernah rasa lagi kek tapak kuda ni... belum berjumpa...

    ReplyDelete
  2. SA x pernah cuba lagi...nampak sedap ni...hoc dia tu...ermmm....tapi kita tengah cut sugar

    ReplyDelete
  3. igt linda je yang belum makan kek tapak kuda nie...rupanya geng ngan MY...hihihi

    ReplyDelete
  4. tk pernah lg try kek tapak kuda....skarang tgh viral padahal lama dh ada...tp yg skarang ni tgk org jual & update video terlampau sgt fillingnya melimpah222...mcm SK bli ni cantik kejadiannya

    ReplyDelete
  5. Manis la benda alah ni... tak tahan uncle!

    ReplyDelete
  6. Hahaha..macam macam tapak ada sekarang. Belum pernah membeli lagi tapi pernah merasalah orang bagi. Yang ni premium mesti sedap, siap berkotak lagi. Tak suka jenis melimpah ruah sini sebab kita tengah kurangkan manis manis ni. Sesekali layan okaylah kan.

    Ye kak, sejak algorithm berubah oktober 2023, view mundur je. But still, kita tulis je lah dari sunyi sepi.

    ReplyDelete
  7. cantik kejadiannya, ldy belum terpanggil untuk merasa lagi kek ni.. rasa takut pula nk makan.. takut manis piang..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!