Assalamualaikum WBT
ISNIN lepas, hari kedua ibu berada di zon kuning, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
Kebetulan hari tu, Sk ada tempah lemang dari rakan sesyarikat yang dibuat oleh suaminya, Tok Yus. Tengahari tu bawa la lemang ke hospital. Sk tempah dua batang lemang, sebatang minta kawan potongkan siap-siap. Sk beli rendang ayam dan kongsi separuh lemang dengan kawan pejabat. Lagi separuh tu la bawa ke hospital.
Makan lemang sorang-sorang depan lobi kecemasan. Makan kosong gitu jer dah sedap.
Lagi sebatang bawa balik, jamu Pak Inche pulak. Mujutlah ada rendang frozen, rendang raya haji lepas, hihi.
Memang sedap betul lemangnya ni. Sebatang baru RM15, dahlah besar dan panjang lemangnya.
Rendang ni masukkan dalam kuali non stick kemudian letak air setengah cawan.
Haaa.. ni la tauke lemangnya. Tengok tu, bersusun lagi lemang menunggukan tuannya.
Dia dah buka tempahan awal ramadan, tapi nanti dulu la. Raya nanti baru kita tempah itupun nak kena tunggu balik Johor sebab raya tahun ni di sebelah keluarga Pak Inche.. insyaAllah.
sedapnye sis, lemang... dimakan dengan rendang atau serunding.. ya Allah, raya itu semakin terasa
ReplyDeleteCantik lemangnya tiada kerak.
ReplyDeletetengok aje dah nampak sedap
ReplyDeleteDah la sedap..Harga berpatutan..Barulah boleh repeat kan..
ReplyDeleteBaru ni balik Kedah memburu lemang kat Sik..Punya banyak gerai lemang,naisib kureng baik terkena beli kat gerai yang tak sedap...rasa pulut + air garam ja...kuciwa
Kak Shuhaida ni orang kampung saya kak, sama juga dengan Tok Yus husband dia. hihi..keciknya dunia.
ReplyDelete