Assalamualaikum WBT
HAMPA lagi semalam bila tengok Warung Nasi Kerabu belum buka lagi. Nampak atas meja kuih-muih siap pek dah siap disusun. Ada pek bungkusan makanan dan plastik masih berterabur atas meja. Peniaganya tak ada dan lauk-pauk pun belum ada. Ah, ni kalau tunggu dia sampai pun, bukan boleh terus dapat beli. Baik balik rumah masak sendiri.
Maka terjadilah semalam, Sotong Masak Hitam tapi tak hitamlah pulak. Agaknya dah lama sotongnya, dakwat dah kering, hehehe. Sotongnya 4 ekor saiz sederhana, alang-alang masak semua ajelah boleh buat lauk sahur sekali. Pak Inche semalam berbuka di luar, Sk belum puasa, tapi makan pun dekat-dekat nak tenggelam matahari juga sebab layan drama Khunsa dulu, heheh. Sk kongsi resipi Sotong Masak Hitam dibawah ya.
Sotong Masak Hitam
Bahan-bahan :
4 - 5 ekor sotong (bersihkan, asingkan kantung dakwatnya)
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
Sedikit halia*
(Tumbuk lumat bahan bertanda*)
1 biji bawang besar dipotong bulat
7 tangkai cili padi dibelah dua
1 tbs lada hitam tumbuk kasar
Garam
Serbuk kunyit
Minyak masak
Cara-cara :
1. Perap sotong dengan garam kunyit sebentar.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga harum.
3. Masukkan kantung dakwat sotong, pecahkan, kacau rata.
4. Masukkan sotong dan lada hitam tumbuk, kacau kilas.
5. Masukkan bawang besar dan cili padi. Kacau dan masak hingga bawang besar layu.
6. Tutup api.
Aaaa.. tahukah anda bahawa Sotong Masak Hitam ni merupakan lauk kegemaran DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong kita? Ia pernah dikongsikan beberapa kali di dokumentari tv dan artikel media cetak. Sk teringat dulu-dulu, kalau ibu masak lauk ni, memang suka sangat la. Kadang-kadang, curi ambik sekor dari periuk. Bukan sotong besar pun, kecik aje sotongnya. Kalau ibu tauuuuu... mampsssss! Sebab tu kena ambik cepat-cepat masuk mulut, jangan bagi sesape nampak ðŸ¤.
saya tak pernah masak sotong masak hitam,orang kat umah ni tak pandai makan.teringin juga nak cuba,dah masak nanti kita paksa je la dia makan
ReplyDeleteSamlah Kak, peberet anak-anak Lin juga ni.. macam lama tak masak iuga laa.. nak beli sotong laaa
ReplyDeleteTak hitam takpe, janji sedap. Rasa macam tak pernah makan sotong hitam guna dakwat dia. Kalau masak hitam kicap tu pernahlah.
ReplyDeleteTadi siang sotong, teringat juga resepi ni tapi sbb tak pernah simpan dakwat sotong tu, terus buang je 🤠sotong goreng Kunyit la nampaknya berbuka nanti :D
ReplyDeleteMasak hitam tak hitam pun takpa..rendang hijau pun biasanya tak hijau sangat kan..tapi panggil rendang hijau jugaðŸ¤
ReplyDeleteMakan ngan nasi panas panas sambil gigit sotong tu sedap ni
Kiranya hitam manislah tu SK. Lama saya tak masak sotong dengan dakwatnya. Sedap kan SK.
ReplyDeletedakwat dh kering ye kak itu yang hitam, ptt sotong masak putih namanya kak ehhehhe... arwah nyai dana suka masak hitam gini... pastu kalau kita makan gigi mesti hitam sebab dia mmg tinggal semua dakwat tu hehehhe
ReplyDeleteSama menu kita cumanya SA buat sambal..
ReplyDeleteIni pun makanan fav saya dan suami. Masak hitam. Memang sedaap kan. Tapi kalo tak pandai masaknya, terkadang masih bau amis. Untungnya dulu asisten saya pandai buat. Saya sendiri belum pernah bikin sendiri cumi hitam 😄
ReplyDelete