BERBUKA DI RUMAH MAYAT DI RAMADHAN KE 5

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT


HARI ke 5 Ramadhan, Sk dan Pak Inche bersahur dengan Bihun Soto Skudai yang Pak Inche tapau hari sebelumnya. Bihun Soto tu Pak Inche minta special, jadi dapat extra bihun, ayam dan supnya, sebungkus RM7. Mudah bagi Sk sebab cuma perlu panaskan supnya hingga mendidih. Bihun dan condiments Sk masukkan dalam mangkuk dan tuang terus sup mendidih ke dalamnya. Boleh terus makan, sebab sup panas gaul dengan bihun sejuk (keluar peti sejuk), ia jadi suam-suam.

Lepas solat subuh terus bacakan Surah Yassin untuk ibu. Selesai aminkan doa, masuk mesej dari Cikwa minta semua segera datang ke hospital, Sk ada ceritakan dalam post sebelum ini. 


Selepas jenazah ibu dibawa ke Jabatan Forensik, Sk dan Along menaiki kereta yang dipandu Cik Ani ke Jabatan Forensik. Kereta Sk, Sk suruh Iman bawa balik dari tengahari. Sampai JF, telah menanti Mak Chu (biras ibu) yang datang dari Melaka dengan Ad dan Aop, sepupu Sk. Mak Enon (adik ibu) dan Kak Dewi (jiran Angah). Kami diberitahu oleh staf di JF, jenazah tidak boleh dituntut selagi tidak menerima sijil pengesahan kematian dari wad yang ditandatangani doktor pakar.

Haishhh.. pengalaman pertama bagi Sk berada di rumah mayat senja-senja. Tengok burung-burung gagak berterbangan menambah lagi elemen seram. Masuk waktu maghrib, kami cuma berbuka dengan air mineral dan kurma. Mujurlah ada kurma. Di sini lengkap dengan kemudahan tandas dan surau. Surau perempuan lengkap dengan telekung yang tergantung rapi. Dalam pukul 8 lebih, Pak Inche sampai bawa karipap.


Selesai pengebumian kira-kira jam 11.30 malam, Sk mengajak Pak Inche cari kedai mamak. Sedih memanglah sedih, tapi perut jugak pedih sebab cuma berbuka dengan kurma, air mineral dan karipap sekerat. Pesan nasi goreng ajelah senang, tapi tak ada mood la nak ambil gambar. Ada Cikwa dan Iman jugak. Lepas tu, Angah wasap tanya kat mana? Cikwa ambil gambar signboard restoran ni. Bila diberitahu ada kat Restoran RSB ni, Angah anak-beranak pun join sekali la, memang dekat aja dengan rumah dia.

Bila Angah sampai, sambung minum lagi. Tapi, satu gambar pun tak ada. Tak teringat nak snap.
Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Allah...boleh bayang macamana kepenatan ditambah sedih kehilangan...
    Al Fatihah untuk Ibu

    ReplyDelete
  2. makan pun sebab nak hilangkan lapar je kan kak..nak telan nasi pun rasa tersekat dalam keadaan macam ni...InsyaAllah ibu dah tenang disana untung ibu meninggal dalam bulan ramadhan..

    ReplyDelete
  3. SA hari tu adik beradik pecah 2...SA dan dania balik rumah kemaskan ruang tamu rumah tu sebab nak bawak jenazah balik rumah kan..selesai mandi dan kafankan di hospital and jenazah sampai pukul 11 malam...adik bongsu pengsan..lepas tu bergilir2 bacakan yasin, sedara mara ramai datang...SA x kuat lagi nak citer dan letak gambar ketika di rumah...nanti la..SA kuatkan hati

    ReplyDelete
  4. Tak teringat sebab separuh jiwa tengah tak ada masa tu kan SK :(

    ReplyDelete
  5. sedih pun kena isi perut juga kan..

    ReplyDelete
  6. Moga akak sekeluarga terus kuat.. rindu itu menyakitkan ...
    Lin pun sama kak, pestime urus jenazah Mak di bilik mayat semua dan mandi juga kafan, naik van jenazah semua.. masa arwah abah meninggal di rumah dan urus semua di rumah ..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah lancar urusan pengebumian dapat buat hari yang sama.

    Saya ada pengalaman jugak ke bilik mayat waktu senja. Tapi ada masalah, jadinya esok awal pagi kena datang semula uruskan jenazah.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!