BERBUKA HARI PERTAMA: OPERO HOTEL SOUTHKEY

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

HARI pertama berpuasa semalam, Sk memenuhi Jemputan Berbuka Puasa dari Opero Hotel Southkey. Disebabkan Iman dah kembali ke kampus, Sk datang berdua sajalah dengan Pak Inche. Gerak dari rumah lepas asar sebab risau jammed. Sekali, pukul 5.45 dah sampai, jadi kami jalan-jalan dulu di Midvalley, hihihi.


Terjumpa pelajar kolej yang baharu mula menjalani latihan industri (internship) di Opero Hotel. Orang suruh berlakon kacau kuah rojak, dia boleh posing pulak 🤭.


Seorang lagi pelajar kolej yang menjalani latihan industri di Opero Hotel. Kedua-duanya merupakan pelajar Kursus Penyediaan dan Pembuatan Makanan Tahap 3. Bagi pengajian tahap 3, pelajar diwajibkan menjalani internship selama 5 bulan. Masaklah kalau intern masa bulan puasa ni 😂.


Pak Inche pilih nasi berlauk untuk berbuka dan Sk pilih western. Kuih dadar dan onde-onde tu disediakan secara langsung di hadapan tetamu. Yang sebelah kuih dadar tu popiah inti durian atau durian roll. Ingatkan lepas maghrib bolehlah sambung makan-makan tapi sepinggan ni aje pun dah kekenyangan macam nak meletop perut dibuatnya.


Sebelum berbuka, tangkap gambar sekeping!


Layanlah pulak Puding Roti, Jeli Cocktails dan nampak pulak kuih raya kegemaran, Almond London dan Tart Nenas Gulung. Kemahen la makan manis-manis semalam. Tu takpe, bantai teh tarik dua mug!


Seketul posing dari Pak Inche!

Bagi anda yang mencari lokasi berbuka puasa secara buffet dan ingin berbuka puasa di Opero Hotel Southkey, boleh klik link berikut

https://go.wa.link/operohotelsouthkey


Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedondon matching2 colour dengan suami erk...suka tgok..wah menarik ni berbuka di luar masa puasa pertama...

    ReplyDelete
  2. Saya sukaaa lah liat lukisannya itu. Cantiiiik sangat ❤️

    Dulu cita2 saya nak kuliah di perhotelan. Karena terbayang bisa kerja di hotel2 berbintang nantinya 😄. Tapi tak diizinkan Ama papa. Dah laah, sekarang menikmati saja staycation di hotel2 itu, tak lagi bisa kerja 😅

    ReplyDelete
  3. Wow warna baju pun sedondon tu. Unik nama hotelnya Opero....

    ReplyDelete
  4. Seronok berbuka 1st day tak yah fikir masak apa. Fikir nak makan apa dulu. Pusing-pusing situ juga jumpa orang yang dikenali kan. Gaya posing macam gaya posing gambar raya tu. Sedondon matching².

    ReplyDelete
  5. wah 1st day dh berbuka di hotel...syok tu mcm2 ado

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!