Assalamualaikum WBT
HARI ini dah mula berkumandang lagu raya di radio. Mujurlah dengar lagu raya riang-ria, itupun dah bergenang air mata. Agaknya kalau dengar lagu raya S Jibeng, banjir terus dalam kereta.
MUSAFIR DI AIDILFITRI - ALLAHYARHAM S JIBENG
Gema takbir di subuh hari
Menjelang sudah Aidilfitri
Tapi hamba musafir diri
Ke sana sini membawa hati
Ayah ibu lama dah juga pergi
Pergi menyahut seruan ilahi
Tinggal hamba seorang diri
Tiada siapa ingin hampiri
Oh Tuhan yang Maha Kaya
Hamba menangis di pagi raya
Aidilfitri hari bahagia
Tapi hamba dilanda derita
Pusara ayah dan juga ibu
Di pagi bahagia hamba kunjungi
Dengarlah ini ratapan anakmu
Hamba musafir di Aidilfitri
Semalam, di kolej, berlangsung Program Bakul Kasih Ramadhan dan Bubur Lambuk. Program berlangsung di sebelah petang, jadi pagi-pagi lepas clock in terus masuk kitchen. Penyediaan bahan telah dilakukan sejak hari ahad oleh pelajar-pelajar Kursus Penyediaan Makanan Tahap 2 diketuai oleh Chef Hasrima dan Chef Ila di bawah pemantauan Chef Pai. Orang kuat lain, Chef Diba, Chef Nor dan Chef Lin serta Chef Umi. Yang tengah menumis tu, Tuan Tanah Kedaung, Chef SK 🤭.
Bahan-bahan bubur tahun ini semua ditaja oleh staf sama ada diberi dalam bentuk bahannya atau wang tunai mengikut nilai bahan yang ditaja. Buat dua periuk, satu daging dan satu ayam.
Satu pengalaman baharu bagi pelajar-pelajar India menyaksikan rakan-rakan muslim memasak bubur lambuk. Kebanyakan pelajar akan berada di kolej dua tahun jadi memang ada peluang la untuk merasai sendiri bubur lambuk.
Menjelang tengahari, bubur telah berjaya diagihkan mengikut kelas. Kerja pengagihan dilakukan oleh pelajar Kursus Pengurusan Pejabat.
Program yang menjadi tradisi kami setiap tahun, pada tahun ini disempurnakan oleh YB Tuan Aznan bin Tamin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor (yang baharu dilantik bulan lepas) dan Tuan Haji Abu Bakar bin Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif KYPJ.
Seramai 18 orang pelajar telah menerima Bakul Kasih Ramadhan yang merupakan barangan keperluan makanan yang disumbangkan oleh Waqaf An-Nur Corporation Berhad.
Terima kasih YB kerana sudi hadir ke kolej kami dan ini merupakan kehadiran YB kali kedua. Diharap dengan perlantikan YB sebagai exco pendidikan yang baharu akan membawa sinar kepada kolej kami, Amiiinnn YRA.
Nampak memyelerakan...Selaluny bubur lambuk Johor mewah dengan bahan dan sedap
ReplyDeleteSedapnya Kak, kita belum dapat rasa lagi bubur periuk ni, paling tak hotel je, tapi tak sama kann.. ingat petang ni nak singgah amari amik bubur free hahahaha
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeleteaktiviti ramadhan
bubur lambuk panas2 sodap...kt opis tk start lg...biasa stiap kali bln ramadhan staff akan dpt bubur lambuk
ReplyDeleteprogram popular tatkala Ramadhan kan..SA selalu dapat..fav arwah Mak Pah ni...sekarang dapat Pak Zain yang makan..anak dia ni tak reti makan...
ReplyDeleteProgram yang bagus, ramai ramai berkongsi rezeki dan tenaga menyediakan bubur lambuk. Dari pagi masaknya tu. Dahlah nak masaknya lama kan. Ramai ramai buat cepat sikit prosesnya.
ReplyDeleteBelum merasa lagi bubur lambuk Ramadan ni. Nak buat sendiri malas sebab makan sorang je. encik suami tak makan sangat bubur lambuk. Tak berbaloi.
saya memang peminat tegar bubur lambuk. ada lebih tak? hahaha...
ReplyDeleteBubur lambuk sebenarnya memang seda, namun saya kurang menyukainya..
ReplyDeleteUwaaah besaaaar pancinya ya kak 😄. Bubur lambuk saya pernah coba saat msh kuliah di penang, sukaaaaak 😍😍. Mungkin Krn rasanya mirip Ama bubur kanji Rumbi Aceh. JD lidah saya dah terbiasa. Tapi susah cari bubur ini kalo bukan puasa yaa? Teringin pula , apalagi July saya nak ke KL dan Penang. Pengen cari di sana.
ReplyDelete