Assalamualaikum WBT
SEMALAM (Sabtu), Sk dan Iman menemani Pak Inche memenuhi Jemputan Hi Tea Kelab Penyokong Bolasepak Johor Darultakzim di GBW Hotel Johor Bahru.
Makanan disediakan secara buffet. Sambil makan sambil dengar ucapan, nyanyian, cabutan bertuah dan game. Pinggan pertama Sk, Laksa Johor dan Sandwich.
Pinggan kedua, Spaghetti Carbonara, Ayam Panggang Lada Hitam, Murtabak dan Puff Pastry. Makanan banyak sangat, jadi kita kena tolong mereka makan la seberapa yang boleh 🤭.. ada pelbagai cake slice, kuih lapis, bubur pulut hitam dan aiskrim. Untuk main course, ada juga nasi goreng dan bihun soto. Memang berbaloi siapa buat function di GBW Hotel ni.
Antara jemputan istimewa, bekas pemain bolasepak yang pernah menyarung jersi Johor dan jersi kebangsaan. Yang baju hijau tu, Khalid Shahdan. Yang lain-lain Sk tak berapa kenal sangat.
Pak Inche dapat penghargaan kerana sentiasa memberi liputan sejak JDT berada di zaman lebah. Sk ingat lagi, jika ada perlawanan berlangsung di Stadium Pasir Gudang, Iman tu dengan baju sekolahlah ikut. Eh, kenapa eh tak bawa baju tukar, tiber terfikir pulak 🤣
Nanti, kami duduk dalam bilik kaca sambil Iman siapkan kerja sekolah. Kena tunggu bukan sahaja sehingga perlawanan tamat tapi sehingga Pak Inche siapkan berita. Tu belum lagi jika Pak Inche nak interview pemain atau jurulatih, lagilah lambat balik. Kadang, kami yang tolong matikan suis-suis lampu dan air-cond kat situ, hihi.
Apabila Tunku Mahkota Johor mengambil alih pasukan lebah ni dan menukar namanya ke Johor Darultakzim, Pak Inche yang menulis berita tersebut dikatakan menipu, ramailah penyokong yang memusuhi Pak Inche. Antara yang sering dilaungkan.. Rizar Bo***, Metro tipu.. sambil pijak suratkhabar HM 😂. Risau tengok peminat fanatik ni.
Inilah budaknya yang membesar di stadium. Tuah apa semalam, Iman dan Pak Inche dapat lucky draw. Agaknya kalau tunggu sampai habis, dengan Sk pun dapat lucky draw, hahahaha.
Tidak menunggu sampai majlis habis yang dijadualkan jam 6 petang, selepas tetamu kehormat beredar, kami turut beredar dan Sk mengajak jalan-jalan ke Toppen dan Ikea.
Sebab masih kenyang makan buffet, kita mengopi di Kopi Rakyat. Memang rakyat sungguh harga kopinya.
pak inche wartawan ke?
ReplyDeleteYa, wartawan meja sukan
DeleteWah, rezeki Iman dan Pak Inche dapat lucky draw!
ReplyDeleteRezeki anak beranak tuh!
Rezeki berganda alhamdulillah 👍
ReplyDeletedpt jemputan makan hi tea...dpt plak lucky draw ..mmg syok
ReplyDeleteSedapnya tengok makanan SK ambil. Best, best!
ReplyDeleteSelamat berpuasa, SK.
Baru tahu Pak Inche Wartawan. Orang kuat JDT lah ni sampai Iman pun dah masuk U dah. Mencabar kerjanya. Bertabahlah bila ada ramai musuh yang dengki.
ReplyDeleteHaa yelah kan, kita tolong habiskan makanan. hihi..Agaknya lah kot. Kalau di tunggu lagi, mesti dapat hadiah juga.
Wahh harga rakyat tu berapa harga dia agaknya ye?
Waaah pak inche ternyata journalist ya kak. .. lucky sangat bisa berdua dapat hadiah 😁👏.
ReplyDeleteMakanan berlimpah, kliatan enak juga.puas hati kalo attending event di hotel memang. 😄