BERBUKA HARI KETIGA: BUFET ALA BAZAAR 28 HARI @ PULAI SPRINGS RESORT

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum Wbt


BERSIARAN dari HSA Johor Bahru...


Baru sempat nak cerita kisah berbuka hari ke-3 di Bufet Ala Bazaar 28 hari di Pulai Springs Resort. PSR ni dekat dengan rumah Sk tapi kena buat pusingan U jauh jugak di Taman Universiti. Sk bertolak dari rumah manakala Pak Inche dari pejabatnya dan kami berjumpa di carpark PSR.


Terima kasih, Charlotte dari PSR yang menjemput Sk ke Bufet Ala Bazaar 28 hari.


Tahun ini Bufet Ala Bazaar 28 hari menampilkan Nasi Kandar dan ia menjadi pilihan Pak Inche. Siapa yang tak kenal Pak Inche, hantu nasi kandar, tengok kaki jer dah tahu!! Pak Inche rate 7/10. Pak Inche ambil nasi kuah campur, sayur kubis goreng, bendi, sotong, ayam dan daging serta telur rebus. 


Sk ambil ICT.. ikan, sotong, udang dan ketam celup tepung bersama nasi lemak.


Tiap tahun lupa nak ambil sup tulang merah sebab dah kenyang makan nasi. Tahun ni ambil awal-awal.


Laksam, durian goreng dan Coconut Shake!!!


Nasi Lemak Pandan bungkus daun pisang.. sedap nih!


Cuaca panas betul semalam, bergelas-gelas minum air, huhu.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Mewah rezeki SK, hari² dijemput berbuka di hotel 🤲
    Tengok gambar nasi kandar tu dah boleh agak mesti pinggan PI hehe...

    ReplyDelete
  2. skrg ni musim panas kat KL pon sama., huhu selamat berbuka tuuh

    ReplyDelete
  3. Aduh....menggoda selera belaka...Sup tulang merah tu mana la nak cari ni....

    ReplyDelete
  4. Sk, lain kali kalau makan sedap-sedap gini mintalah mambang hantar sikit ke LD.

    ReplyDelete
  5. Bestnya selalu dapat berbuka di hotel. Ohh Pak Inche hantu nasi kandar rupanya. Nampaknya kurang menepati selera dia ye. Nasi lemak bungkus daun pisang, jarang tak sedap. Sekarang cuaca panas, memang banyak teguk air.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!