SARAPAN SOTO NASI

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT

TAK pernah eh, Sk lupa nak servis kereta setiap kali mencapai 10,000 km. Ya Allah, nasib baiklah kat dashboard tu ada peringatan untuk servis, bila dah cukup 10,000 km, akan ada paparan simbol spanar. Terus berderau darah, hahaha mengingatkan sekarang ni jika nak buat temujanji, kena tempah seminggu awal untuk dapatkan slot yang kita nak. Kalau dapat minggu depan, mesti milieage makin naik nanti. Mujurlah ada satu slot kosong hari selasa (semalam).


Minta Iman tolong bawakan kereta ke pusat servis. Kena belajarlah bawa kereta pergi servis macammana, jangan tahu nak pakai kereta saja. Tapi, jangan risau sangat, sebab nanti Pak Inche akan sama-sama uruskan macam sebelum-sebelum ni pun cam tu la, Pak Inche yang akan berunding urusan servisnya.


Jadi, pagi semalam, Iman ikut pergi pejabat, bawa pergi sarapan di Mom's Kitchen Kampung Melayu. Sk ni memang dah lama skip sarapan pagi tapi takkan nak tengok aje kan, mana boleh jadik! Tapi, kecewa, sebab tak ada Lontong Kering dah jual kat sini. Ada sarapan simple macam nasi goreng dan mee goreng. Mujurlah ada Soto, kami dua beranak makan Soto Nasi. Sedaplah Soto Nasinya, taugeh banyakkk.. suka suka suka!

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. soto nasi tu nampak sedap...betul..Dania pun SA suruh pi hantar servis keta baru ni...jangan pandai nak pakai je...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!