SAHUR HARI KEDUA: NASI GORENG

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT


BARU hari kedua puasa, dah buntu nak masak apa untuk sahur 🤭, Sk cadangkan Nasi Goreng dengan Telur Setengah Masak seorang dua biji. Tapi Pak Inche tak nak telur, nak nasi goreng sajo!



Pembaca setia blok Sk (ada ke?) tentu sedia maklum Sk biasa simpan lebihan nasi dalam peti sejuk untuk dibuat nasi goreng. Tapi, kali ni Sk masak nasi baharu 1 pot untuk nasi goreng sebab nasi-nasi sejuk dalam peti tu semua rasanya macam dah terlalu lama disimpan. Bila dah terlalu lama tekstur nasi dah tak sesuai buat nasi goreng, ia akan hancur dan kalau nasib tak baik, lembik berair. Jalan paling selamat, masak nasi baharu dan Sk campur sesenduk nasi lebihan masa sahur hari pertama. Ayam goreng pun ada sikit lagi, Sk carik-carik campak dalam kuali. Tambah aroma nasi goreng dengan daun sup dan daun bawang yang dah siap hiris dan disejukbekukan.


Ada sikit lebihan kuah asam pedas dari Asam Pedas Ikan Merah yang Sk masak dua tiga minggu lepas. Sayang betul nak buang ya, selagi elok kita simpanlah. Sk paling sukalah siram kuah asam pedas atas nasi goreng. Dia punya sedap tu lain macamlah. Siap makan bertambah-tambah, pelik betul sebab biasa dengar orang tak selera makan masakan sendiri tapi Sk???? Erkkkk!
Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Saya suka juga nasi goreng ni tapi tak pernah pula makan nasi goreng dengan asam pedas. Ok Nasi goreng la next untuk sahur nanti....

    ReplyDelete
  2. Sedap tu nasi goreng tambah daun sup dan daun bawang. Eh eh, rare sungguh curah kuah asam pedas.

    ReplyDelete
  3. Selagi boleh makan jangan membazir. Ammi kengkadang kalau buat masak belado ke apa, lebihan sambal tu ammi simpan juga dalam bekas kecik boleh jadi bumbu utk nasi goreng ke, mihun goreng ke.

    Sayangkan, sebab pikir masak tu semua perlukan effort dan yg penting perlukan duhittttt

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!