FAMILY GATHERING @ LAMAN CASA, TANGKAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 




PERANCANGAN saat akhir, tiba-tiba aje Ilham ajak buat Family Gathering. Dah last minute, kan.. plan asal nak la duduk homestay tepi laut atau di tepi bendang ke, kan.. tapi semua dah penuh. PI rajin buat carian homestay di Tik Tok, nanti dia share link kat Sk suruh DM. Puaslah tanya sana sini sinun, akhirnya dapatlah tempah sebuah homestay baharu di Tangkak (Johor), yang penting nak yang ada kolam mandi, hihihi. Kalau tak ada kolam, baik buat gathering dekat Senai aje, hahaha.


Laman Casa Homestay, terletak kira-kira 10 minit sahaja dari Plaza Tol Tangkak. Lokasinya strategik la, kampung dalam bandar. Tak la seram macam homestay yang kami pernah nak inap di Perlis dulu. Nak cari makan pun semua dekat-dekat, walaupun tetaplah nak jugak pergi tempat makan yang jauh, hahah. Laman Casa Homestay terdiri dari dua unit rumah bersebelahan, di tengahnya kolam renang mandi. Ni gambar rumah pertama. Rumah pertama diduduki keluarga Angah dan Cikwa.


Rumah kedua ni diduduki keluarga Sk dan Cik Ani. Angah ajak Along join tapi Along kata ada plan dah dengan anak-anaknya. Setiap rumah mempunyai dua bilik dengan katil saiz permaisuri serta satu unit tandas dan bilik air sekali.



Lengkap dengan ruang tamu, sofa, televisyen, wifi serta meja makan empat kerusi. Ni ruang dalam rumah pertama.



Ia juga dilengkapi kabinet dapur berserta kemudahan memasak seperti periuk nasi elektrik, blender, cerek elektrik dan dapur gas satu tungku. Juga disediakan periuk, kuali dan pinggan mangkuk untuk empat orang. Disediakan juga sekeping tilam bujang dan comforter bagi sebuah rumah. Kawasan parkir luas boleh muat 10 kereta, tapi satu rumah ni sesuai untuk 6 hingga 8 orang jer la kot. Sk tak pasti berapa jumlah maksima penghuni yang dibenarkan.


Terapan dinding warna putih membuatkan rumah kelihatan luas. Warna coklat dan krim dipilih untuk perabot membuatkan suasana damai dan tenang, rasa berseri aje hidup nak nak bila toleh luar nampak kolam yang membiru. Rasa macam orang kaya gitu sambil dengar bunyi air dan suara anak-anak bergelak ketawa seronok mandi kolam, haha.


Sejak cuti sekolah berlangsung, khabarnya homestay ini tak sunyi dengan tetamu. Kami menginap selama tiga hari dari 25 Disember hingga 27 Disember, rasa puas dan berbaloi betul, maklumlah, ada sponsor, syukurrr. Terima kasih kepada penaja kita (nama dirahsiakan).


Setiap bilik ada sebuah katil bersaiz permaisuri. Walaupun tak seempuk tilam hotel, tapi Sk tidur nyenyak, hehehe.


Muatlah kami tiga beranak tidur sebilik. Sk memang bawa comforter, bentang kat bawah atas karpet tu kena lipat dua la ya, muat untuk Iman tidur. Kami kalau travel memang bawa luggage sorang satu baru puas isi baju, hihi.


Dua buah rumah dipisahkan dengan kolam. Kalau sebelah sana keluarga orang lain, rasa segan jugak kot nak berendam, haha. Tapi, ni kami sewa kedua-dua unit homestay, memang tak segan silu la ya.


Budak yang pertama terjun kolam, Kabu, kucing Cik Ani. Kena bawa sebab dia indoor. Ceritanya, masa buka pintu tak sedar dia keluar dan terus terjun kolam. Pandai pulak tu berenang naik ke tebing, hahaha.


Sesekali Kabu lepas keluar, Sk dan PI yang risau lebih, hahaha. Tapi dia pandai eh balik sendiri. Sekejap-sekejap aje la bagi keluar.



Comel kabinet, untuk homestay bolehlah, tak banyak barang, kan. Kalau rumah kita kabinet kecik macam ni, mana nak simpan barang. Padahal kalau rumah Sk tu, ada kabinet yang dah dua tahun tak buka pun, haha. Haiii, entahlah.. nak dibuang nanti takut esok-esok nak pakai pulak.


Bukan kecik-kecik esbox eh tuan rumah letak. Mesin basuh auto pun ada. Jadi, lepas mandi kolam boleh terus basuh baju. Kebetulan pulak hari kedua tu panas berdenting, memang keringlah semua baju. Kurang sikit bawa baju kotor masa balik. 


Yang tak pakai baju macam ni, senang laa, hahaha.


Malam pertama, kami buat BBQ. Sk cerita dah PI dan Sk bawa ayam dan kambing beli di Lee's Fandbee.


Nugget Pedas Manis by Jeika. Nugget tu sedap jenama Ramly.


Tempat dan kelengkapan BBQ disediakan oleh homestay. Setiap rumah ada satu set, jadi kami guna kedua-duanya serentak, cepatlah siap membakar. Cuma arang sahaja mereka tak sediakan.



Pakar BBQ ada.. Che Li, PI dan Ilham. Iman dan Izzat pun join bakar bergilir-gilir. Sk tukang makan, hahaha.


Angah bawa seafood.


Cik Ani masak nasi butter.


Masa untuk menerkam makanan!


Syok ya, makan sambil berendam. Asal jangan jatuh makanan dalam kolam sudah. Lepas makan ada game dalam air, riuh-rendah la dibuatnya.


Pinggan Sk.. nasi butter, ayam dan kambing.


Makan ketam dan udang pulak dengan sos syabu ke apa nama tu, sos viral, Cik Ani buatkan.


Kak Subah, sepupu kami yang tinggal di Tangkak datang bersama suaminya. Dulu mereka tinggal di Kuantan la, Ipoh la, lepas suami Kak Subah pencen, mereka balik ke Tangkak. Ada yang kenal ke? Hihihi. Seronok dengar cerita orang pencen ni. Antara pengalaman yang dikongsikan apabila masuk ke hutan dan melalui survival selama dua minggu tanpa makanan dan air, macam mana cara nak hidup? Makan pucuk dan tumbuhan hutan. Tapi, bukan boleh terus makan ya, kena uji dulu pucuk tu, mula-mula kat kulit tangan, kemudian kat kulit leher, dekat bibir, dekat lidah. Kalau tiada alahan, baru boleh makan sikit-sikit.


Sarapan esoknya tu.. ada oden. Malam tu pun Cik Ani buat oden jugak.


Baki nasi butter jadi nasi goreng pulak. Pecahkan telur dan tabur lada sulah jer kot. Ni pun Cik Ani masak.


Angah goreng Mi Udang.


Sos viral dan nugget pedas manis.


Telur mata


Tengahari, Angah masak shell out!


Luncheon!

Malam tu kami makan kat kedai sebab dah tak nak buat kecah kat homestay, dah sipa kemas semua kat luar, sampah semua dah masuk tong, tong pun dah penuh. Cerita makan kat mana tu nanti Sk blog ya, cam biasa, bersambung.. hehe.


Hari terakhir, acara bebas. Sarapan pun bebas, ikut dan masing-masing la. Sk dan PI berdua jer pergi makan dekat sini, PI kata ada Roti Canai Kari Kambing. PI macam tu la, asal sarapan cari roti canai. Sk tak tahu nama kedainya yang betul.


Ambil gambar dengan kucing kedai, muka seiras kucing kami, Vester, kucing asrama, haha.


PI makan roti telur kari kambing, Sk pesan Murtabak Singapore (Daging). Tapau jugak dua keping. Sk dah pesan murtabak tu baru nampak kat banner ada tulis menu lontong. PI kata, Iman suka lontong jadi  kami tapaukan lontong la untuk Iman. Kalau awal dah nampak lontong, Sk pun makan lontong jugak tu, hihi.


Antara acara kami adalah..

Acara Kolam:

1. Tangkap belon dalam air dimenangi Che Li

2. Tangkap belon paling banyak dimenangi Che Li

3. Tangkap belon buta warna dimenangi Izzat

4. Tangkap belon paling banyak (Penaja takde idea) dimenangi Izzat dan Iman

Acara Karaoke:

Pemenangnya Jeika sebab dia nyanyi dua lagu, hihi.


Last, gambar ramai-ramai sebelum check out. Ni tahun depan kalau nak buat kena rancang awal-awal la kan. Agak-agak nak buat kat mana? Laut? Air Terjun? Bendang? Sk tengok kebanyakan homestay yang cantik-cantik semua dah full book ya untuk cuti Chinese New Year dan Hari Raya Puasa. Jadi, kena pilih tarikh siap dari sekarang, kat mana dalam kalendar ada cuti panjang, huhuhu.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalau nak pergi tempat ramai orang tu memang kena booking awal supaya tak melepas. Seronok la aktiviti gathering macam ni. Barbeque bagai....uishhh ketam tu geram la tengoknya.

    ReplyDelete
  2. Tahun depan buat kat Suntai la..hahahaha...apapun best..seronok tgok happy family macamni...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!