Assalamualaikum WBT
MACAM Sk cerita sebelum ni, dah dua tahun Sk tak belikan atau tempah kek hari jadi Iman. Tahun 2025, Angah dan Cik Ani sponsor, Sk agak sebab tahun 2024, Sk tak belikan kek untuk Iman. Birthday party pun tak buat. Mesti dorang kesian, tu la tu tahun lepas dorang belanja, hehehe. Tahun ni, Sk beli la, sebab dia mintak nak ada majlis hari jadi sempena usia dah 25, huhuhu. Mula-mula, Iman request kek tema moon and sun tapi mahai giler uiii kek tema moon and sun tu. Sk dah tanya dua bakers, harganya bermula dari RM350++. Boleh google la kalau nak tengok macam mana rupa Moon & Sun Cake tu, ya.
Awal bulan Januari, Iman hantar gambar kek ni pulak. Italian Cake, yang sedang viral jugak. Ramai yang buat kek ni untuk majlis resepsi perkahwinan. Sk cakap, nanti kita beli jer kek SR, lepas tu beli buah strawberry letak penuh-penuh atas tu, hahaha.
Sk plan nak salut sendiri kek dengan fresh cream dan deco, tapi lupa mana letak mixer. Tu takpe, entah berfungsi lagi ke tak mixer tu, hahaha. Lagi satu, boleh lagi ke tangan ni nak mendeco, dah keras siku dan jari-jemari, hihi. Nak dijadikan rezeki, ternampak kawan lama Sk, post gambar tempahan kek di fb, terus Sk whatsapp dia sebab selama ni ingatkan dia dah tak buat kek lagi. Masih buat lagi rupanya, cuma jarang post sebab busy dan entah macam mana, awal tahun ni dia terlintas nak compile kan semua gambar dalam medsos dia. Sk tanya, boleh ke dia salutkan kek dengan fresh cream dan deco sahaja? Dia jawab, boleh.
Sk minta quotation, pakej belikan kek SR sekali. Kena dengan bajet, kita pun onzzz. Ni pertama kali dia kata terima tempahan macam ni. Lepas tu yang kelakar, tengah deco, dia baru teringat, lupa nak beli riben merah. Dia ada riben pink aje.
Sk tukar sendiri dengan riben merah sebab macam tak matching riben pink dengan buah strawberry. Riben tu memang tulah ada segulung kat kedai buku yang Sk singgah. Kalau tak jumpa tu ingat nak abaikan aje, tak yah letak riben.
Malam sebelumnya...
Tiga supermarket Sk pergi cari buah strawberry. Mula-mula pergi Village Grocer, mahal nak mamps strawberry dia sampai RM31.90 sekotak, ada la agaknya 10 ke 12 biji aje dalam tu. Lepas tu pergi pulak Aeon Bukit Indah.
Dalam gambar, yang belakang tu buah strawberry, buahnya hijau- hijau lagi tampuknya. Ada jugak aku letak buah hawthorn ni karang, haha.
Akhirnya pasaraya Maslee yang dekat dengan rumah jugak yang ada. Padahal, Sk selalu jugak beli strawberry kat Maslee tu tapi sebab masa tu terlanjur memang dah ada di luar kawasan, tu pergi dulu Village Grocer dengan Aeon. Kalau tahu, terus jer pergi Maslee. Besar dan merah strawberry kat Maslee ni. Sk terus buang daunnya dan cuci buahnya. Kena tos air dan lap kering guna tisu tebal sebelum letak atas kek.
Dipermukaan kek tu Sk lepa dengan jem strawberry, kalau tak nanti nampak putih-putih dasarnya tak cantik.
Sk guna jem biasa aje ni, janji merah dan boleh tutup permukaan kek.
Punyalah banyak Sk beli strawberry sebab risau tak cukup. Tak boleh nak anggarkan banyak mana nak letak sebab masa beli strawberry belum dapat keknya lagi. Lagipun, tak pernah buat, kan.Tak apa, lebihnya boleh makan gitu-gitu atau buat smoothie. Ni dah berapa hari sarapan ada buah strawberry, hihi.
Dah susun penuh-penuh atas kek. Puas hati tengok buah strawberry Maslee ni. Besar, merah dan segar. Manis pulak tu. Ni buah strawberry Egypt. Kadang nampak yang orang-orang Pakistan jual kat meja-meja restoran tu, samalah kebunnya tu. Biasa Pakistan jual sekotak RM15, tiga kotak RM40. Dekat Maslee ni sekotak RM13.90. Kadang offer boleh dapat harga RM9.90 tau.
Nak bagi kilat, Sk sapu madu. Biasanya orang letak piping gel untuk kilatkan buah tapi Sk tak suka bau piping gel tu.
Lepas tu kita letak Gold Flakes atau serpihan kertas emas. Ni edible la ya, boleh makan dan tak bahaya jika ditelan. Ni pun Sk cari dua kedai bakeri tak ada jual. Sendunya kedai bakeri sekarang ek, agaknya ramai yang beli online sekarang. Nasib baik kawan yang deco kan kek ni ada stok. Sk nak beli tapi dia bagi jer. Kitorang kenal lama dari zaman Bukit Senyum sampai bukit dah tak senyum dah, haha. Kawan Sk ni berhenti mengajar sebab jadi bakers sepenuh masa disamping uruskan anak-anak.
Letak lilin angka 2 dan 5. Lilin tu pun susahnya nak dapat, pergi kedai RM2, nombor 2 tak ada, nombor 5 tak ada. Ni masa nak cari gold flakes kat Bake Well, BBU.. Ya Allah, tiba-tiba teringat ya. Tu pun memang nasiblaaa ada seketul aje nombor 5. Kena letak la angka 25 tu untuk kenangan, hihi.
Sk tak beritahu Iman pun Sk buat kek impian dia ni, sehari sebelumnya baru dia tahu tu pun sebab dia ikut Sk beli strawberry. Lagi pulak nak letak strawberry tu dia ada rumah, kan... nak menyorok kat mana pulak, hahah. Semoga anakku ingat la susah payah mak dia ni untuk memenuhi keinginan dia. Tapi jadi satu kepuasan jugak bila kita dapat tunaikan kemahuan anak, kan.
Ada yang tanya, dalamnya kek perisa apa, kannnn?
Inilah gambar kek selepas dipotong yang sempat diambil. Kek Secret Recipe perisa kegemaran ramai, Chocolate Indulgence. Mula nak ambil kek cheese tapi Sk risau kalau tak tahan lasak. Last minute rasa nak tukar kek cheese, kawan Sk dah belikan pulak, jadi kita onz sajalah ya. Tapi okey, la.. chocolate dan strawberry bila disatukan memang mantul!
Tudiaaa...SA ingat memang tempah sebiji...rupanya DIY...bestnyaaa...nasib kawan tu boleh tolong kan...
ReplyDeleteChocolate indulgence memang kegemaran semua. Gigihnya mak Iman ni. Mesti Iman terharu ni.
ReplyDelete