Assalamualaikum WBT
BULAN Mac tahun lepas, Sk ada post, Sk buat Kek Batik Crunchy dan Chewy. Baki bahan kek batik tu iaitu milo dan biskut marrie, Sk simpan dalam bekas kedap udara, lepas tu letak di rak. Kononnya nanti nak buat lagi tapi macam tak ada masa.. ke malas? Hahahaha. Beberapa lama lepas tu, milo Sk alihkan letak dalam esbox, biskut marrie letak kat luar aje. Sabtu lepas datang pulak mambang rajin ajak buat kek batik. Nak habiskan biskut marrie tu la. Sk cium (hidu) dulu biskutnya dan test makan satu, hapak ke tak, sebab dah lama simpan. Okey, biskutnya masih elok lagi. Tak nak la dah buat, baru rasa hapak. Pernah beli kek batik hapak biskutnya, ada yang rasa masuk angin, tak best. Satu lagi Sk tak suka yang rasa lembik.

Kali ni Sk buat tak ada sukat-sukat. Panaskan kuali, masukkan setengah buku butter, susu pekat pun pakai tuang terus dari tin. Tu takpe, milo pun pakai larung jugak, tuang terus dari bungkusannya. Biskutnya pun terus patahkan dan masuk dalam kuali. Dah gaul rata-rata sehingga keseluruhan biskut bersalut, terus masukkan dalam bekas ni yang dah dialas dulu dengan baking paper.
Sengaja lebihkan milo dan susu pekat tu, baru best. Maaf ya pada yang boikot milo. Sk beli milo ni dulu sebab nak buat kek batik ni la sebab bagi Sk, milo jer yang boleh bagi rasa kek batik sedap.
Kenal kek batik ni dari sekolah menengah dulu, Angah la yang rajin buat. Sk tak minat dan tak suka makan. Sekarang ni jer la yang suka pulak. Tapi dia macam, ada boleh, tak ada pun tak apa. Ni sebab nak habiskan biskut marrie tu la buat tu.
Potong-potong hantar kat Iman. Iman la yang suka kek batik ni tapi dia pun tak suka yang lembik. Kita buat crunchy dan chewy. Minggu ni Iman dah mula periksa. Semoga dapat menjawab semua soalan dengan baik mengikut skema jawapan. Tengok status dia banyak yang sedih-sedih nak habis belajar ni. Begitulah kehidupan nak, bukan sentiasa seronok. Lepas ni nak tempuh alam pekerjaan pulak, semoga semuanya baik dan menyenangkan, InsyaAllah.
Lamanya tak buat kek batik. Paling senang sebab tak payah pakai oven. Belajar buat ni masa kerja di Pejabat kesihatan Muar dolu2. Ada pantry dan staff kat situ rajin masak-masak tu yang terbelajar tu. hehehe
ReplyDeleteSedap betul rupanya ya. Saya paling suka kuih macam ini. Coklatnya cair, tapi ada rangupnya juga. Memang mantap sekali.
ReplyDeleteGood luck Iman. Cie pulak suka versi dimodenkan macam batik indulgence tu. Yang ada topping coklat ke cheese pun suka. Yang basic camni suka sikit2 je.
ReplyDelete