Assalamualaikum WBT
MALAM tadi PI cakap, esok (hari ni), babah nak sarapan idli kat Ashoka. Sk terus cakap, nak ikutttt. Eh, lepas tu dia kata, ambil dia kat pejabat. Nanti dia dah sampai dia whatsapp. Baiklahhh, hahaha.
PI kata, dua hari lepas dia mimpi makan idli. Itulah yang rasa nak makan tu sebab mimpi tu macam makan betul-betul. Padahal, seingat Sk, selama kenal PI dari sebelum kahwin sampai sekarang, macam tak pernah la dia nak makan idli ni.
Kalau nak kata pasal tengok filem Idli Kadai, macam dah lama jer tengok filem tu. Tu takpa, idli tu datang satu set dua ketul, kan. Sk nak minta seketul tak bagi. Mujurlah kalau nak, boleh order idli seketul aje. Jadi, Sk pesan seketul jer la idli.
Suka makan kat Ashoka ni sebab kuah dia letak terus atas meja macam ni.
Ingatkan PI nak makan idli jer, apom kegemaran pun nak jugak makan.
Apom 2
Idli 2
Layankan aje laaaa..
Sk pesan idli seketul aje sebab nak makan puri. Tu takpe, tengah-tengah tunggu makanan sampai, tiba-tiba PI marah staf Ashoka tu, PI cakap, dia sudah lama order belum dapat (sambil tunjuk ke Sk). Rupa-rupanya, pelanggan belakang sana yang baru sampai dan baru pesan makanan, tiba-tiba dah dapat puri. Puri tu Sk punya, tersalah hantar meja. Tapi, PI taklah marah teruk-teruk.
Lepas tu pekerja tadi datang ke meja kami minta maaf. Agaknya pekerja yang ambil order tu cakap dengan dia, salah meja. Dan mungkin sebab rasa bersalah dan tanda minta maaf, banyak betul dia letak kentang masala dalam pinggan Sk, hehehe.
Burppp.. Alhamdulillah.
Di kesempatan ini Sk ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026. Semoga tahun ini menjadi tahun yang cemerlang dan gemilang serta semuanya baik-baik sahaja buat semua rakan blogger dan pembaca Alam Sari Di Tanah Jauhar. Terima kasih singgah selalu di blog Sk ya.








tengok Idli ni terus teringat cerita Idli Kadai... mana nak cari Idli kat Johor ni ya...
ReplyDeleteTu dia, Idli..Apom..puri pun ada..bestnya breakfast di tahun baru 2026...Selamat Tahun Baru SK..semoga dilimpahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik untuk kita semua...
ReplyDeleteTak perna makan idli & apom tu. Selamat Tahun Baru. Semoga yang baik-baik je untuk kita semua.
ReplyDeleteTak pernah makan idli...adakah rasa nya macam apam beras?
ReplyDelete