CHICKEN CHOP DAN GENG UNTUK MAKAN MALAM - Alam Sari Di Tanah Jauhar

CHICKEN CHOP DAN GENG UNTUK MAKAN MALAM

 Assalamualaikum...

PEHA ayam ni dah sebulan Pak Inche beli rasanya. Kunun-kunun, kalau siang dah makan nasi, malam masak Chicken Chop jer. Nampak macam jer aje, kan, tapi dia tak tahu, lebih baik masak nasi berlauk dari masakan western macam ni yang perlu dihidang pantas. Kalau masak nasi berlauk, kita masak awal dan  berehat-rehat dulu sebelum makan, gituuuu. Jadi, hari Jumaat tuari, Sk fikir malam tu bolehlah masak Chicken Chop, sekali Pak Inche kata dia nak makan nasi malam tu, ayam pulak, dah di-defrost, Sk terus taburkan aje dengan serbuk lada hitam dan frozen-kan semula, huhu. Adoi, panjang betul cerita ayam ni la... Malam tu kitorang makan kat Senoko, huhuhu.

Jadi, semalam kan Sk kerja. Rasa macam tersusun balik la jadual yang dah jadi rutin kita. Bak kata Mak Cella, jet lag?? Hahaha.. hilang dah jet lag tu.. Kalau tak, hari-hari rasa hari Jumaat. Lepas tu berkejar Work For Home dan Work From Home. Melangut jer depan PC dok tunggu laporan masuk sorang-sorang. Kalau baring karang, terrrrrr.... zzzzz.. pulok. Apalagi, sambil lipat kainlah kita, hahaha. Eh, tadi nak cerita pasal ayam tu... jadi, semalam, SK suruh Iman keluarkan tupperware berisi ayam yang dah perap dengan lada hitam tu rendam sampai ayam lembut, tapi jangan sampai tupperware tu tenggelam. Bila ayam tu dah lembut, masuk dalam peti sejuk semula. Risau pulak ayam busuk kalau lama-lama kat luar. Syukur, sedang elok sangat lembut ayam tu bila Sk balik, apa lagi bersilatlah kita, wakkkk.


Haaa.. bukan senang nak merajinkan diri macam ni. 


Jagung
Rebus dalam periuk noxxa, tekan HP 6 minit

Kentang Putar

Coleslow
Rebus jer mix vege lepas tu tos dan bilas dengan air sejuk, gaul dengan mayonis, tambah salad yang dihiris halus

Fries
Goreng guna air fryer jer.. tapi kering laa.. tak ada minyak-minyak tak best, haha

Sos Blackpepper
ini sos lebih masa masak Lamb Chop hari tu, hahaha

Ayam
Perap dengan serbuk lada hitam dan
Panggang atas Grill Pan sehingga masak, balik-balikkan sentiasa supaya masak sekata

Lepas tu panggil laki anak suruh susun dalam pinggan dan buat air sedap, 

feeling-feeling la makan kat restoran lima bintang, jangan lupa pasang kipas laju-laju.

12 comments:

  1. Saya bagi 6 bintang! Ada 6 bahannya tu, lengkap sempurna satu pinggan. Nak bawak lari jagung rebus nan seketul tu hahahahaaa!

    ReplyDelete
  2. ya allah .... TIBER nakk terbuatttt sendiri... nanti kite rujuk resepi disini yer 😜

    ReplyDelete
  3. Boleh dah ni buka kedai Chicken Chop depan rumah.

    ReplyDelete
  4. Awat la dia lalu time tengah lapow ni.. Menjilat screen ni SK.. Hihihi

    ReplyDelete
  5. Betullah Kak, guna AF bagus, tapi kering nauu hahahaha...
    Lama gak tak buat sendiri ciken chop, sebab takde yang request hehehehe

    ReplyDelete
  6. jgn risau kalau nk tahu harga ayam kampung terkini, sediakan harga tepat utk anda.

    ReplyDelete
  7. ammi suka chicken grill gini compared with chicken chop yg digoreng tu..rasa muak pulak kalau yg bergoreng tu

    ReplyDelete
  8. ada 9 permainan poker menarik di AJOQQ :D
    ayo segera bergabung dan dapatkan bonusnya :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete
  9. Kalau bab chicken chop ni..serah kat Dania la..dia suka la ni...

    ReplyDelete
  10. Numpang promo ya Admin^^
    ayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
    dengan minimal deposit hanya 20.000 rupiah :)
    Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa & E-Money
    - Telkomsel
    - XL axiata
    - OVO
    - DANA
    segera DAFTAR di WWW.IONPK.ME (k)
    add Whatshapp : +85515373217 x-)

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih