JALAN-JALAN KE IKEA

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum...


LAMA sangat tak jalan-jalan ke Ikea bersama bonda, katanya. Ada beza jalan berdua sahaja ke Ikea dengan babah, jalan bertiga beranak ke Ikea dengan babah dan bonda serta jalan berdua sahaja dengan bonda. Setiap satu ada keseronokannya yang tersendiri, jalan dengan babah seronoknya lain, jalan dengan bonda seronoknya lain. Begitu juga bila jalan berdua sahaja dengan anak, seronoknya lain juga, hihi. Disebabkan semalam, tugas Sk di pejabat habis awal dan tiada apa nak buat di pejabat dan lagi pejabat Sk sedang menjimatkan penggunaan utiliti, jadi Sk pulang awal. Kelas online Iman di sebelah petang pula dibatalkan dan Sk mengambil Iman di rumah lalu dengan masih mengenakan baju kurung, kami terus ke Ikea. Malas pulak nak bertukar-tukar baju, buang masa dan buang tenaga nak membasuh baju banyak-banyak, hihi. Sampai parkir Ikea macam tak percaya, lengang dan lapang dan Sk parkir di hadapan pintu utama ikea di bahagian letak kereta wanita. Jam di tangan sudahpun menunjukkan 4.15 petang, macam biasa masuk kena scan MySejahtera dan imbas suhu tanpa perlu beratur panjang seperti semasa PKPP.


Sebenarnya saja nak tengok jualan 11.11 tapi bak kata Iman, benda yang ditawarkan tu bukan benda yang kita hendak, hahaha. Banyak jugaklah yang offer tapi benda-benda tu semua tak ada dalam whistlist atau benda yang agaknya nak clear stock aje. Ada troli tu harga asal 129 dah tinggal 59 (tak silap), Iman kata,belilah.. hah.. nak menyemakkan rumah buat apa? hahaha. Belilah barang sikit-sikit buat geli-geli, yang mangkuk pink tu set pinggan terkini Ikea, cantik kan, matte color, Iman la tu nak sangat, kalau ikutkan nak aje Sk sambar terus satu set tapi fikir 18 kali, tak perlu kot walau cantik macam mana pun tak praktikal untuk Pak Inche saiz pinggannya tu. Pak Inche kena bagi makan dalam pinggan saiz 12" baru ngam, kui kui.


Tak sahlah kalau tak makan aiskrim soya sebelum balik. Yang beratur nak beli aiskrim pun seketul dua dan meja memang banyak kosong, jadi makan kat meja dululah, tak best makan sambil berjalan, kan.
Sambil makan aiskrim borak-borak la dengan Iman pasal situasi dalam ikea yang lengang tu, aman sangat kata Iman, hahaha. Oh ya, masa bayar tu, cashier tu tegur dan sebut nama penuh Sk, dia kata, dia kenal kakak Sk. Adik beradik SK kan memang nama depan semua sama, tu yang agaknya bila dia scan member card tu dia perasan nama Sk tu familiar, adoih, susah nak menyamar macam ni, hahaha.


Disebabkan ada member card, boleh claim secawan kopi percuma, kan.. tapi baik hati pula cashier kat kaunter karipap ni bagi dua cawan kosong siap dengan pesanan, jangan ambil air sejuk tau. Ya, sebab ramai jer makhluk yang suka tekan air sejuk (soft drinks) padahal soft drinks tu kan kena bayar lain. Memang depan mata Sk ada satu couple ni selamba badak tekan soft drinks tu, siap boleh test air ni.. air ni.. nak aja Sk sound, huiiii.. pakkal ajelah..!

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kita dulu kak pernah tertekan sebab masa tu tak tau, lepas dah tau, suka perhatikan orang plak hahahaha..
    Anak kita ajak juga, cumaa..entah beli ada nafsu nak keluar huhuhu.. buhsan gak ni..

    ReplyDelete
  2. Bila nak jalan-jalan ngan kita pulak? Hahaha... #guraugurauaje

    ReplyDelete
  3. ikea is my favorite place to be juga .. haha klu pergi sana mesti nak borong candle byk2 hahha

    ReplyDelete
  4. Ikea dekat dengan rumah tapi tak pernah pergi.Nanti nak ajak suami dating kat Ikea la.hahha

    ReplyDelete
  5. Lama tak pi Ikea...rasa macam naka metime kat Ikea la lepas ni...

    ReplyDelete

  6. banyak game yang menarik di IONQQ
    ayo segera daftarkan diri anda :D
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!