NASI LEMAK DAUN PISANG PENGALAS PERUT DI PETANG HARI

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...


AKIBAT hanya makan Muffin tengahari semalam, sudahnya Sk kelaparan menjelang petang.
Terbayang-bayang Nasi Lemak Daun Pisang yang Pak Inche beli kelmarin di gerai dalam taman. Memanggil-manggil betul dan bila nampak nasi lemak setimbun dalam dulang yang mahu mengikut pulang. Sampai rumah, Iman teruja nampak bungkusan nasi lemak sebab dia pun sedang lapar rupanya, hahaha.


Nah... Nasi Lemak Sambal Paru dan Telur Rebus yang dibungkus betul-betul dengan daun pisang. Sebab apa Sk cakap bungkus betul-betul? Sebab banyak kali Sk kena, beli NLDP, tidak dibungkus sempurna sebaliknya hanya meletakkan daun pisang di permukaan nasi, Tipah Tertipu rupanya, huhu.
Sedap betul nasi lemak ni sampai Iman kata tak cukup sebungkus. Memang sengaja Sk beli tiga bungkus saja sebab dah plan malam nak makan Chicken Chop. Kalau dah kenyang makan nasi lemak, mana nak datang nikmat makan ayam grill, ye tak?
Tags

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. aduih... sedap betul nasi lemak daun pisang

    ReplyDelete
  2. Aroma daun pisang tu menambah wangi nasi lemak. Sebiji telur rebus ye. Untung betul. Selalunya seco'et jew telur rebus kalau nasi lemak bungkus daun pisang kan.

    ReplyDelete
  3. nasi lemak klu balut dgn daun pisang, confirm sedap baunya kan

    ReplyDelete
  4. saya pun suka nasi lemak daun pisang.rasa lebih sedap. memang ramai yang jual nasik lemak daun pisang tipu. tapi letak harga rm3 jugak.

    ReplyDelete
  5. nasi lemak daun pisang memang jarang2 jumpa skang ni kan..

    ReplyDelete
  6. main poker dengan banyak penghasilan
    ayo segera hubungi kami
    WA : +855969190856

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!