SOS BOLOGNESE HOMEMADE

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum...

ADUH.. asal kena BDR asyik fikir hari tu, hari Jumaat. Dah macam hari-hari, hari Jumaat dan asal esoknya kena BDR akan ingat esok tu, Jumaat, hahaha. Sindrom ni bukan melanda SK sahaja malah ramai rakan sepejabat. Tambah lagi di rumah, cuma ada SK dan Iman, Pak Inche bekerja macam biasa, lagilah rasa hari tu hari Jumaat. Macam hari ni, padahal hari ni barulah hari Khamis, heheheh.

Disebabkan waktu bekerja sepanjang tempoh PKPB 2.0 ini hanya bermula jam 10 pagi, banyaklah urusan rumah yang dapat diselesaikan dahulu. Kalau hari tu giliran SK bertugas di pejabat, masih sempat lagi untuk Sk bersarapan di rumah. Yang seronoknya bila BDR pulak, masih sempat lagi uruskan kerja-kerja surirumah. Macam pagi ni, dah siap sidai kain dan sediakan sarapan untuk Iman dan perut sendiri, hihi.


Macam gempaklah sangat buat sarapan tu, kan.. hahaha.. padahal Sk cuma panaskan balik Sos Bolognese yang Sk masak hari tu, kahhhhh. Kali ini Sk gaulkan terus sos dengan pasta. Dah siap, masukkan dalam periuk bertutup, senang nanti budak bertuah tu nak makan, ceduk aje. Cuma Iman ni bukan yang jenis makan berulang macam kami adik beradik dulu. Kami dulu, kalau apa-apa yang ibu masak pagi, itulah yang kami ulang-ulang makan sampai petang. Kalau Iman ni memang sekali ajelah tu dia makan, lepas tu manjang kenyang, huhu.


Oh, ya.. rasanya ini pertama kali Sk masak sos bolognese tanpa menggunakan sos tradisi prego atau apa-apa sos bolognese ready made. Masa suruh Iman keluarkan daging kisar dari peti ais tu, yakin giler sos prego tu ada dalam stok rupanya nan hado. Apa-apa sos pun tak ado kecuali sos tomato, sos cili dan sos tiram, hahahha. Jadi, kita belasah ajelah masak sos bolognese, Alhamdulillah, Allah bagi jadi rasa bolognese dan sedap, syukurrrr...

Sos Bolognese Homemade

400 gm Daging Kisar
5 ulas bawang putih cincang
1" halia cincang
1 labu bawang holland potong dadu
2 biji tomato potong dadu
1 tin kecil tomato puree
1/2 tin air
1 sudu besar serbuk demi glace + 1/4 cawan air, kacau sebati
1 kiub pati lembu
daun rosemary, oregano, daun bay (jika ada)
2 sudu besar minyak zaitun untuk menumis

Cara-cara :

1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan halia hingga layu.
2. Masukkan daging cincang, kacau hingga bertukar warna. 
3. Masukkan bawang holland, kacau hingga bawang layu, masukkan tomato.
4. Kacau hingga semua sebati, masukkan tomato puree. Masukkan air setengah tin dalam tin tomato puree tu, kacau rata dan masukkan dalam periuk tadi, kacau sebati.
5. Masukkan daun bay (jika ada - Sk tak ada). Sk masukkan rosemarry dan oregano serta mixed herbs.
6. Masukkan kiub pati lembu dan campuran serbuk demi glace, kacau rata dan renihkan sos beberapa minit dengan api kecil.
7. Matikan api dan boleh dijadikan sos pasta atau lasagna.



Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Banyak rakan-rakan yang sama macam SK. Sayalah salah seorangnya. Terlalu lama berkurung di rumah, berBDR bagai, sampai lupa hari ini hari apa, tarikh berapa.... hahahaa nasib baik masih masih kenal siang kenal malam...kah!
    Pasal masak-masak ni, belasah jew apa yang ada. Kita juga yang makan..kihkihkihhh!

    ReplyDelete
  2. Kita surirumah ni lagilah selalu lupa hari. Haha. Hari2 duk fikir nak makan apa, nak masak apa. Kalau Eina masak macam ni, memang Eina berdua dgn husband jer yg makan. Anak-anak tak pandai makan macam ni.

    ReplyDelete
  3. telan air liur saja ni , terliur tgk masakan ni! thank you sharing resepi

    ReplyDelete
  4. Boleh je..sos prego tu pun buat dari bahan2 tu le jugak..hahaha

    ReplyDelete
  5. Dania dah berzikir nak makan spaghetti bolognese..erm...macam kena buat jer ni

    ReplyDelete

  6. IONQQ menyediakan pelayanan terbaik dan bisa di percaya
    ayo segera bergabung bersama kami
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!