MAKAN DI RESTORAN MAKANAN LAUT YEO SEKELUARGA

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum...

SEPERTI yang dijanjikan, Sk tidak memasak semalam demi semata-mata nak melipat kain baju yang bertimbun. Jimat tenaga gitu. Kalau tenaga yang tinggal digunakan untuk memasak, memang lemahlah rasa nak melipat kain.. hihihi.


Sejak dibenarkan dine in, dua kali kami ke Restoran Makanan Laut Yeo Sekeluarga ni, dan dua kali juga kami pulang dengan kehampaan sebab restoran belum dibuka. Asalnya semalam Pak Inche mengajak ke Senibong, tapi Sk komplen jauh sangat. Iman cakap, pergi Yeo la, dah buka, kompom.. sebab mereka jawab mesej pertanyaan yang dihantar. Setelah kata muafakat diperolehi, kami pun bergerak menuju ke Gelang Patah. Kalau ke sini, wajiblah pesan seekor Siakap Steam Lemon. 
RM39.


Butter Prawn yang sangat sedap.. Kalau di Pantai Manis, bahagian tengah kulit udang telah dikopek siap, di sini digoreng dengan kulitnya. Sayang pulak nak kopek kulit, mujur kulit udang lembut pulak dikunyah-kunyah, hahaha.
Butter Prawn Saiz S (5 ekor) RM28


Baby Kailan Goreng Oyster tapi yang datangnya, mak kailan 😆. Makan ajelah, tak payah nak cerewet sangat. Saiz S jugak ni RM13.


Sotong Telur Masin yang sedap sangattttt. Selalu kalau kat Ong Shun, dia akan tanya kita nak yang basah atau kering, di Yeo ni memang akan masak kering macam ni. Maksudnya tak berkuah la, tapi lembut dan lembab jer sotongnya, ah.. kena belajarlah stail masak telur masin macam ni.
Saiz S juga ni RM25.


Suka sangat dorang order Bean Curd Hot Plate ni. Ini pun saiz S juga RM16. Sedap biasa-biasa.


Chicken Lemon memang wajib ambil walaupun makan di Seafood Restaurant. Ambil saiz M baru puas makan, yang ni RM18.


Tak boleh tak ada setiap kali makan di sini ialah Cakue Mayonis. Ini memang tapenah tak sedap la, kegemaran Sk dan Iman. Yang kelakar, masa kakak pramusaji tu hantar ke meja, terkejut giler tengok pinggan besar gedabak dan isinya yang banyakkkkk sangat. Spontan Sk tanya, aaaa.. kenapa banyak sangat. Selalu saiz pinggan S aje.


Kan order saiz L kan, dia kata. Iman termenung sejenak, oh, tu satuuuuu 
😆😆😆 terus gelak sama-sama dengan kakak tu. Haaa.. sekarang ni, nak order tulis sendiri. Kemahen tulis semua ayat penuh dak Iman 🤭

Kakak tu kata, dia salah, nak tukar saiz tak, eh... Takpe.. takpe, kitorang suka jerrr banyakkk.. dah kena doploh inggit..  hahahahaha.. hahahahaha 😜



Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!