TELUR MASAK KICAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum...

SERIUS la.. Pak Inche tanya, Sk pandai tak masak Telur Masak Kicap? Giler tak pandai. Cuma macam rasanya tak pernah masak aje. Kalau goreng telur mata kobau tuang kicap tu selalu. PI tunjuk gambar dari fb, limpahan kuah kicap dengan bawang dan cili. 


Senang sangat la masak ni, nak masak hari-hari pun boleh jer, hahaha. Kenapa tak ada permintaan macam ni sejak dulu ek?


Telur Masak Kicap

Beberapa biji telur ayam
1/2 cawan kicap manis (semestinya cap kipas udang)
3/4 cawan air
1/4 labu bawang holland dibelah-belah
1 tangkai cili merah dihiris
5 tangkai cili api
1 tsp lada hitam tumbuk kasar

Cara-cara :

1. Goreng telur ayam satu persatu (telur mata), masuk dalam mangkuk.
2. Gunakan minyak gorengan yang sama, masukkan bawang holland dan cili merah.
3. Masukkan kicap dan lada hitam, kacau sebentar.
4. Masukkan air dan cili api, biar mendidih dan merenih sekejap.
5. Tuang ke dalam telur goreng mata kerbau.

Nyummeh!
❤️









Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. dpt lauk ni bertmbh2 nasi!!
    fuhhhh sedappppp..

    ReplyDelete
  2. Lauk paling favourite kalau tak tahu nak masak apa tapi nak cepat masak. Inilah terpaling sedap dah ketika itu.

    ReplyDelete
  3. Ni namanya lauk biadap tau...asal buat lauk ni seperiuk nasi habis...

    ReplyDelete
  4. menu yang jimat masa ,tetapi tetap menambat selera

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!