NASI AMBENG TAK CUKUP SYARAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
20

 Assalamualaikum wbt

DUA tiga kali dah sejak minggu lepas, bila ditanya makan apa hari ini, jawapan Pak Inche, Nasi Ambeng. Eh, dah pandai sangat pulak makan Nasi Ambeng padahal dulu dia tak minat sangat pun. Bukanlah tak makan langsung tapi tak berapa gemar.


Hari ini, Pak Inche kata, perlu keluar jumpa kawan sekerja dia sekejap. Nanti balik dia belilah makan tengahari.  Memang sekejap jer keluarnya, tak lama dah balik bawa bungkusan. Sambil sambut plastik, Sk pun bertanya, isinya. Nasi Ambeng.. aikk.. dah tersampuk nasi ambeng nampaknya Pak Inche.


Jarang-jaranglah beli Nasi Ambeng dapat kuah dan sambal asing macam ni. Tapi, bila tengok balik isinya, tak layak pun dipanggil nasi ambeng sebab tak cukup syarat. Kalau setakat letak ayam goreng seketul, sayur setengah sudu, serunding secebis, ikan bulu ayam seekor dengan tempe sepotong besar ibu jari, hurmmm.. mee goreng pun tak ado.


Sk tahu kat mana Pak Inche beli ni. Dari dulu, memang Sk tak berkenan dengan nasi ambeng kedai ni tapi yang peliknya, orang beratur beginiiii (sambil hempap dua belakang tangan). Kalau bulan puasa, lagi laaaa.. pakkal jer Pak Inche dah beli dan dia suka kot. Kita diam aje ler, komplen sini aje. Kalau tahu dia nak pergi beli nasi ambeng, kita soh beli Nasi Ambeng Mak Ana yang kat Petronas tu.. baru betul nasi ambeng. 

Hurmmm.. Lapar lagi ni.. camno??

Tags

Post a Comment

20Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ingat sambungan pergi pusat beli-belah.
    Saya pun suka nasi ambeng yang lengkap dengan mi.

    ReplyDelete
  2. Lapar lagi? Tambah le lagi sedas! hehehehe

    ReplyDelete
  3. Tak cukup syarat banyak ni. Dah melanggar undang undang nasi ambeng nampaknya. haha...Shhh..diam diam, nanti Pak Inche tahu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang peliknya, ramai betul yg suka beli kat situ.

      Delete
    2. Sangat pelik disitu. Kalau kita lah, sekali tu je lah belinya.

      Delete
  4. macam tahuuu jeeeeee nasi ambeng manaaaaaa ni...kihkihkihkih.bahhaahhahhahahha..kemain ehk masing masing ayam peha .. nasi ambang mak ana tuuu memang berapiii boleh kenyang sampai ke petangggg sebab portionss nyaa melambakk ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa.. Ain tahulah kan yg mana, dekat tu ngan umah Ain. Betul, puas makan kalau NAMA. Lambat beli, wassalam.

      Delete
  5. Ya Allah.. sedapnyaaaa!
    Tapi tuhka.. x cukup rencah mesti x puad mkn.. harga camana?? Sama mcm cukup sifat ke

    ReplyDelete
  6. Tak cukup sifat nasi ambeng ni.. Mee goreng takde, serunding kelapa takde.. Itulah yang sebenarnya ciri-ciri utama nasi ambeng.

    ReplyDelete
  7. Memang nampak tak cukupnya Kak.. macam pucat jee..
    Kita suka nasi ambang kat BBU tu bangunan hijau, alaa lupa plak nama dia.. tu sedap.. gan area Petronas BBU tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni yg kat bangunan hijau tu la.. yg kat Petronas tu la Nasi Ambeng Mak Ana 😍😍😍

      Delete
  8. tak boleh dipanggil nasi ambeng la gitu. sebab nasi ambeng kena campur mi. siap ada kuah pula tu. macam nasi bajet je dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. dah macam nasi bajet. Tapi tak bajet jugak, RM7 sebungkus.

      Delete
  9. Tu la macam pelik plak rupa paras nasi ambengnya....

    ReplyDelete
  10. Sayangnya kalau peniaga tak jaga menu sebenar nasi ambeng. Nasi ambeng sebenar tak ada kuah heheheeee.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!