Assalamualaikum...
MAKAN di Mamu Junction lagi setelah kebuntuan apabila restoran yang kami rancang untuk singgah rupanya ditutup jam 6 petang. Pergi pula ke pilihan kedua, lupa pulak hari tu dia tidak beroperasi. Akhirnya, Mamu Junction sajalah. Disebabkan hujan, kami memilih duduk di dalam. Dua kali datang sini duduk luar restoran, kali ni duduk di dalam ternyata lebih selesa. Bagi Sk, berbaloi bayar mahal apabila kita menikmati makanan yang lazat sambil menjamu mata. Mamu dah upah ID mahal-mahal tapi kita duduk di meja dan kerusi plastik atas kotak parking. Tapi harga makanan tetap sama, tak kira duduk luar atau dalam 😆
Kalau dah ke sini, tentulah Tosei menjadi pilihan utama, Pak Inche. Ia datang dengan tiga jenis kuah iaitu kari ikan, dalca dan chutney kelapa. Pak Inche minta kuah kari kambing tak ada, mujur ada kuah kari ayam. Chutney kelapanya sedap sangat.
Pak Inche dari mula sampai dah jenguk di kaunter sup. Kemudian asyik tertoleh-toleh jer. Hurmmm. Lepas dah siap buat semua pesanan, dia tanya, nak tak kongsi makan sup? Kalau nak, pesan sahajalah semangkuk.
Ada beberapa pilihan sup termasuklah Sup Daging dan Sup Perut Kambing. Pak Inche tanya, jika ada Sup Kambing yang biasa. Menurut staf yang melayan kami, ada bahagian lutut kambing. Keputusannya kita pesan Sup Daging. Sup sangat sedap dan tidak ada rasa rempah yang terlampau seperti kebanyakan sup mamak. Iman yang tak minat sup mamak pun layan.
Dah lama sebenarnya Sk tak makan tosei waktu malam. Hari tu, teringin pulak nak makan Tosei Masala. Ah, lupa nak koyakkan dulu sebelum ambil gambar. Bagi yang tak tahu, masala tu merupakan masakan kentang yang direbus dahulu sebelum dimasak bersama rempah ratus terpilih. Boleh tahan sedap toseinya, tidak terlalu nipis dan garing sekata tapi tidak keras. Sk sudukan ketiga-tiga kuah yang disertakan atas potongan tosei sebelum menyuap ke mulut, wallaaaaa 😋😋😋
Saka manalah yang Pak Inche angkut, dia nak jugak makan Mee Goreng Mamak. Sekali lagi alasannya, kita kongsi. Jamah sedikit mee gorengnya, fuh.. sedappp giler. Mee gorengnya basah-basah dan terasa ramuannya dimasak sempurna. Pak Inche pulak, dah makan hampir separuh, dia kata dah kenyang, bungkuslah. Eh, apa pulak bungkus, bonda boleh habiskan, kah kah kah!
Iman pesan Maggi Goreng.. tapi terlupa minta Telur Mata. Sk suruh jer panggil balik staf yang ambil pesanan tu, dia tak nak. Dalam kepala dia, nanti susah staf tu nak tambah atau edit pesanan. Dia memang jenis tak mahu susahkan orang. Jadi, masa Pak Inche tambah pesanan Sup Daging tu, Sk pun minta telur mata sebiji. Lepas tu cakap kat Iman, jangan pulak dia letak telur mata tu dalam sup, hahaha. Bila sup sampai, lega tak ada telur mata dalam sup, hahahah. Ish, ko ingat dia tak reti fikir ke nak letak telur dalam sup, Sk oi! 😅
Sk fikir, mungkin dia akan letak telur mata dalam piring. Tak lama, Mee Goreng dan Maggi Goreng dihantar serentak dan kagum giler laaaa dorang letak telur mata tu atas maggi goreng. Kuningnya tidak terlebih masak dan tidak juga cair. Dia boleh baca fikiran kita ke? 😆 Tapi, memang sinonim kan, kalau makan
Maggi mesti ada Telur Gedik. Kalau maggi goreng wajib ada telur mata, baru umphhhh!!!
😂😂😂
Betul Kak, kita kalau makan kedai dah lawa, duduk dalam lagi syokkk.. bayar sama, makan pun sedap sama.. so ada kosong duduk dalam hehehe..
ReplyDeletelama tak makan mee goreng mamak. tengok gambar tu terliur pulak.
ReplyDeleteRezeki betul kalau dapat kuah chutney yang sedap. Lain kedai, kadang-kadang lain beza rasa chutney dia.
ReplyDeleteSedap tu. Telur kuning gedik tu kegemaran anak buah PC. hahaha..
ReplyDeleteammi pun kalau ke mamak suka order Tosei...tosei telur, kari ayam dal takmo & chutney
ReplyDeleteSk....aduiii...lapar teruk perut ni tengok enty ni la....kena pi mamak ke apa mcm ni
ReplyDeleteHaha..harga pun sama jugak kan kalau duduk luar. Baik duduk dalam. Entah apa yang merasuk Pak Inche nak makan itu ini. Kongsi dijadikan alasan. Pandai ye. hihi...Agaknya dapat baca fikiran kot, tahu tahu ada telur goreng kat maggi goreng. Mujurlah masak telur kuningnya. Kalau tidak, akaklah kena makan kuning telur tu.
ReplyDeleteWah..mamu..mami.. anak mami ...sedapnya ...
ReplyDeleteKalau sup kambing lagi nalla ni...cicah ngan roti paun
bestnya makan dekat sini. Siap ada sup lutut kambing. Rare betul!
ReplyDelete