Assalamualaikum wbt
NGAM-NGAM sebelum berpuasa esok, dapat jugaklah menunaikan permintaan Pak Inche untuk ke Ipoh. Bukan nak berjalan sangat tapi lebih kepada nak makan-makan jer. Sk rasa, ramai pembaca blog Alam Sari Tanah Jauhar ni pun dah tahu, Pak Inche merupakan tulang belakang dalam kebanyakan kandungan blog di mana beliau merupakan penaja utama makan-makan, hahahaha.
Lepas makan malam di
ZA Cafe, kami meneruskan perjalanan ke utara. Macam selalu la, transit di B&L Hotel, Bidor untuk tidorrr sebelum meneruskan perjalanan ke Ipoh. Ambil bilik family yang memuatkan sebuah katil queen dan satu single, cuma RM120 semalam.
Pagi, terus check out dan teruskan perjalanan ke Ipoh mengikut jalan lama. Singgah
Capati Corner untuk sarapan dulu. Pak Inche makan cicah kari kambing dan Sk pilih kari ayam. Sedap betul, puas hati. Iman tak nak makan sebab nak simpan perut nak makan di
New Hollywood.
Prawn Mee untuk Pak Inche (mangkuk putih atas sekali) dan Pan Mee untuk Iman (pinggan merah belah kiri sekali). Sk cuma kongsi makan Yong Taufu Goreng dan Cakue serta Puding Karamel.
Pertama kali makan Pan Mee di sini. Sedapppp.
Cakue habis, yang ni jenis-jenis cakue jugak tapi tak tahu la apa nama betulnya. Kat sini makan cicah dengan kaya.
Yong Taufu Goreng atau Lohbak. Suka sangat makan benda ni setiap kali ke sini.
Tempah apartment dua bilik tanpa sarapan. Ruang tamu dan bilik agak kecil sikit berbanding apartment satu bilik tapi cukup selesa dengan dua buah bilik air dan tandas.
Ada meja makan untuk empat orang serta pantri dengan peti sejuk mini. Pinggan mangkuk tidak disediakan.
Master bedroom dengan katil bersaiz raja.
Di sebelah almari tu, pintu bilik air. Ada tv jugak di bilik ni.
Bilik kedua yang menempatkan dua buah katil bersaiz bujang. Bilik airnya berasing di luar bilik dan tiada tv diletakkan dalam bilik ini. Sejak kali pertama menginap di sini, Sk dah jatuh hati dengan dekorasi dalamannya.
Petang tu, pergi makan Laksa Kedah di Taman Rekreasi Ipoh. Seronok jalan-jalan hari bekerja sebab tak payah nak bertunggu meja.
Lepas tu, cari baju raya di Aeon Station 18. Kena cari sebelum puasa nanti habis saiz, hehehe. Tak sangka pulak, terus jumpa yang berkenan.
Acara wajib jika ke Ipoh ni, tentulah makan Popiah Basah SS Ali di Medan Selera Gerbang Malam atau Taman Kanak-kanak Ipoh.
Baru tahu, SS Ali tu maksudnya Sultan Sarkat Ali. Popiah ni sama tau dengan Popiah SS Ali yang selalu Sk beli di Johor tu. Mereka berdua ni merupakan adik-beradik, yang di Ipoh ni, abang.
Di Johor Bahru, macam dah tak ada medan selera macam ni.
Sk dan Pak Inche makan Nasi Goreng. Iman tanak makan kecuali popiah.
Punyalah sedap popiah, siap tapau lagi, bawa balik makan kat hotel, hehehee.
Lepas makan, singgah Gerbang Malam atau Pasar Lambak atau kalau di JB kami panggil Bazar Karat. Masa ni hujan renyai tapi redah jugaklah.
Salah satu sebab tak ambil pakej bufet sarapan hotel sebab nak bersarapan di tempat viral Ipoh. Kami pilih sarapan di
Suhaimi Cafe. Mula nak ke
Salmah Kopitiam tapi tengok di page fb macam tak buka dan masa lalu depan kedai pun tutup. Lepas sarapan, balik hotel sebab kekenyangan tak larat nak berjalan, hahahah.
Masing-masing ambil Ayam Goreng. Pak Inche tambah telur rebus, Iman telur masin dan Sk telur ikan. Jumlah semuanya dengan tiga bungkus ais limau, RM38.
Boleh makan sambil tengok tv.
Petang tu pulak hujan, masing-masing mengeram dalam selimut, herlokkk!
Pak Inche ajak ke Restoran Vegas makan rojak dan Beef Steak.
Sebelum balik tapau Miker Pizza. Berapa kali datang Ipoh, setiap kali nak makan Miker Pizza mesti tengah kenyang jadi kali ni kita tapau.
Singgah CU Mart beli roti untuk sarapan, eskrim dan topokki.
Makan malam simple jer, malas nak keluar makan dan makan berat-berat. Miker pizza tu sedaplah.. nanti Sk buat entri lain tentang Miker Pizza ni ya.
Sarapan dulu sebelum check out. Memang sarapan ringan jer sebab ada plan makan lain lagi lepas ni tapi bukan di Ipoh. Makan di mana?? Tungguuuuu.
😍😍😍
Cantik apartmentnya tu SK.
ReplyDeleteAbang Farid selalu share tempat dia makan-makan di Ipoh dengan Aseeyah. Entah bila kita dapat berkunjung ke sana.
Wow! Master bedroom dia level raja-raja!
ReplyDeleteWuuuu....Merah menyala...besaq kuda merah tu😍
ReplyDeleteHari tu saya teka Yaris.
rupanya jauh naw yer...🤭
Woweee..seronoknya jalan jalan cari makan. dulu pun beli popiah basah tu wajib tapau. Sebungkus mana cukup kan. memang sedap!
ReplyDeleteNanti share contact apartment please...menarik apartment nya...aduhai x leh nak kata apa la SK nyer acara makan- makan ni...
ReplyDelete