Assalamualaikum wbt
BERSIARAN dari Ipoh, Perak 🥰
Pagi ini, kami bersarapan di Suhaimi Cafe. Memang sengaja tak ambil pakej bufet sarapan di hotel kerana ingin bersarapan di luar. Masa mula nak bergerak dari hotel, Sk perasan, tempoh perjalanan yang ditunjukkan dalam waze cuma 15 minit sahaja. Seingat Sk, KALI PERTAMA KAMI KE SUHAIMI CAFE DULU, agak jauh jugak perjalanannya. Jalannya pun lain.. rupa-rupanya Suhaimi Cafe dah berpindah lokasi baharu.
Tak bertanya pula, sama ada ini cawangan Suhaimi Cafe atau memang berpindah lokasi. Tapi, kalau tengok pada set kerusi mejanya, macam berpindah ke kedai baharu. Difikirkan, tentulah tidak ramai orang di hari bekerja ni, rupanya kena beratur panjang juga.
Zaman Covid ni semua perlu mematuhi SOP. Ada rantai melintang depan pintu, staf akan membukakan rantai dan memberi kebenaran masuk selepas meja disiapkan.
Kali pertama datang dulu, kecewa sebab tak dapat makan Roti Benggali Kari Ayam. Akhirnya apa yang didam menjadi kenyataan. Antara menu terlaris, lambat datang, habissss! Ada du keping roti benggali yang dikukus bersama semangkuk kari ayam. Ayam tu besar betul, bahagian dada pulak tu, jenuh nak habiskan. Kuah kari sedap, tk terlalu pekat atau cair. Satu set ni RM6.30.
Sk dan Iman pilih Western Breakfast. Tak sangka pulak ada Bun seketul yang dibelah dua dan diselitkan sekeping slice cheese. Ada dua biji telur mata, dua batang sosej dan semangkuk kecil kacang panggang. Imannya pulak baru lepas habiskan seketul Kaya Bun Bakar 😆.. pengsan!
Caramel Pudding dan Half Boiled Egg. Telur separuh masak dah siap dipecahkan masuk dalam gelas kecil, senang tinggal makan. Caramel Pudding sedap, berenang manjah dalam air gula perang.
Minum kopi biasa jer, tak nak la Kopi Vietnam, nak tunggu dia meleleh tu sampai sejuk kopi kita.
Rasa nak pecah perut menghabiskan makanan memasing. Tuuuu.. mujur tak pesan Mee Kari semangkuk, hahahaha.
Suhaimi Cafe
11, Jalan Kledang Raya 22,
Taman Alkaff, 30100 Ipoh, Perak
Waktu perniagaan :
Setiap hari kecuali Selasa
7.45 pagi hingga 1 tengahari
geram tengok caramel pudding tu!
ReplyDeleteSedapnya semua hidangan..patut la dia senyap...rupanya dai pi jenjalan
ReplyDeleteRoti cicah kari tu menambat selera saya..
ReplyDelete