Assalamualaikum wbt
MEMANG tak sabar-sabar tunggu kemunculan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusuf di pawagam. Asyik-asyik tanya dengan Iman, bila.. bila.. bila? Sejak dah ada anak yang pandai serba-serbi, memang semuanya serah ke dia sajalah. Mak dah malas nak fikir, hahaha.
Beberapa hari sebelum Mat Kilau ditayangkan, asyik suruh Iman buat semakan di internet, sama ada tiket sudah boleh dibeli atau tidak. Sekarang ni, jika nak mudah, beli jer tiket dalam talian. Dah tak payah beratur di kaunter atau mesin layan diri. RM24, kata Iman.. apabila Sk suruh buat tempahan tiket pada hari Jumaat. Mak aihhh.. giler mahai! Congak-congak, RM24 tu, boleh buat makan tengahari paling sikit pun 4 hari, kahhhh. Kalau dua orang, dah RM48. Tak silap, harga tiket tu untuk waktu tayangan selepas 12 tengahari. Nak murah, tengok sebelum pukul 12, cuma RM12. Waktu tayangannya , jam 10.30 pagi.
Sk pulak dah buat temujanji untuk hantar dua ekor kucing Sk ke Program Kesedaran Kembirikan Kucing dan Anjing Jalanan, pada pagi Jumaat tu. Jadi, fikir-fikir, tak apa, hantar kucing dulu, kemudian terus pergi panggung. Tanya dengan urusetia, pukul berapa mula pendaftaran? 9.30 pagi, jawabnya. Dah sudahhhh.. karang gedebak gedebuk, macam Pengalaman Kembirikan Anak-Anak Tino sebelum ni, mahu setengah jam jugak baru selesai. Jadi, tukar plan, kita hantar kucing selepas balik tengok Mat Kilau, hihihi.
Kak Amie bagi 10/10 markah ulasan SK. Ni yang tak sabar nak tonton ni. Eh... di mana dan bila pulak nak tonton. Sat sat.... tanya gang!
ReplyDeleteLama tak tengok wayang ni.. ada alasan kukuh untuk menonton. Dah mula terpengaruh ni.
ReplyDeleteTu la dengarnya hari pertama dah rm1 juta..
ReplyDeleteAdah & abang dia dah pi tengok..depa dok pujuk saya,saya tak mau pi.Baca review SK ni memang membara pula semangat
ehh ada org kita sendiri pertikaikan bukan hang Tuah yg bunuh si Jebat derhaka tuuh., huhuhu
ReplyDeletehihi nk try gi tgok esok ngn famili
ReplyDelete