SOTONG MASAK MERAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum wbt

PAGI semalam, macam terkejut jugaklah bila menghampiri Plaza Tol Perling bila dapati jalanraya agak basah, macam baru lepas hujan. Terkejut tu, sebab, sepanjang jalan, tak hujan pun, tapi bila dah sampai situ, jalan basah. Masuk jer Taman Perling nampak banyak lopak air, oh, betullah baru lepas hujan. Tapi, tulah pelik, tetiba jumpa dah habis hujan dan memang hujan di kawasan Tampoi rupanya.

Dah tengahari tu, Sk tanya dalam grup family, nak masak apa untuk makan malam? Pak Inche jawab, tak boleh fikir sebab tengah sakit paha, jatuh kat longkang besar pagi tu. Eh, cemana boleh jatuh? Bertahun-tahun langkah longkang tu. Longkang yang memisahkan antara petak letak kereta dengan lorong bangunan kedai di Jalan Padi Satu tu, memang agak besar jugak. Sk sendiri agak gayat nak melangkah. Kena buka kaki besar-besar, baru lepas. Itu pun kalau pakai kain, Sk sanggup jalan jauh sikit guna titi besi tutup longkang tu, atau jalan ikut laluan masuk Metro Parking. Rupanya, masa langkah tu, Pak Inche tak perasan, dia pijak kawasan berlumut. Lepas hujan, agak licin, tergelincir dan hilang imbangan. Hurmmm.. dah nak jatuh, nak buat macam mana.. mujur tak ada kecederaan teruk. 


Sk minta Iman tengok dalam peti ais, jika ada sotong, rendam, nak masak Sotong Paprik jer la. Ada ayam kefci dua ketul, yang tu konon nak buat masak butter. Sampai rumah, siang sotong dulu, simpan dalam peti sejuk, baru mandi. Kalau masakan macam ni, dah nak makan tu baru masak, barulah sedap. Tapi tulah, sendiri jugak yang penat nanti, haha. Sk bubuh Sos Labu macam masa masak Sotong Paprik Sos Labu tu, cuma tak letak cili kisar sebab tak ada stok. Jadi, kita bagi nama masakannya kali ni, Sotong Masak Merah, alaa.. rasa pun lebih kurang aje.

Sotong Masak Merah

4 ekor sotong, bersihkan dan potong ikut citarasa
4 ulas bawang putih dicincang
Sedikit halia dicincang
1 bawang besar potong baji
5 cili padi belah dua
1 biji tomato potong baji
Sedikit minyak untuk menumis
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
3 sudu sos labu
1 sudu sos ikan
2 sudu gula
3 helai daun limau purut

Caranya :

1. Panaskan minyak masak dalam kuali, tumis halia dan bawang putih.

2. Gaul sotong dengan sos ikan dan sos labu.. ketepikan.

3. Dalam kuali, masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram, kacau, masukkan gula dan daun limau purut.

4. Masukkan sotong, bawang besar dan cili padi. Kacau dan renih sebentar.

5. Akhir sekali masukkan tomato.


Pak Inche yang katanya tak boleh fikir, balik bawa lauk beli dah siap masak. Ayam Masak Kari seketul, Kangkung Goreng, Sambal Belacan dan Sotong masak apa tataw. Lauk sotong tu, memang dah siap pek dalam bekas tu. Semua ni kena RM15. Bagi Sk berbaloilah, sekarang barang mentah pun dah mencekik leher regenya, huhu.  Gigih Pak Inche beli lauk walaupun sakit kaki terdengkut-dengkut berjalannya. Sakit sangatlah agaknya sampai sanggup sapu minyak angin, padahal selalu, sebut sapu minyak jer dah geleng kepala macam hape. Semoga lekas sembuhlah Pak Inche'nya. Syukurrr.. semua lauk beli habis. Sotong Merah jer memang sengaja masak banyak supaya boleh buat lauk tengahari hari ni si Iman, hehehe.
Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Cakap kat pak inche pegi la urut-urut...

    ReplyDelete
  2. Laaa... boleh pula jatuh di kawasan yang biasa dilalui. Memang dah nak jadi ceritalah tu kan SK. Moga Pak Inche tidak apa-apa.

    ReplyDelete
  3. Alahai, sian Pak Inche :(
    PH rasa lauk-pauk yg dibeli tu murah SK... Kalau di sini tak dapat harga tu...

    ReplyDelete
  4. Aduhhhh..moga cepat sihat pak inche. Sotong masak merah memang feveret. Ape yg masak merah, semua feveret hahahaa

    ReplyDelete
  5. Pasaipa saya tak nampak pic sotong tu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!