KARI AYAM, SANDWICH TELUR & COCKTAIL SUSU

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum wbt

LALU di timeline pagi ini, Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengakhiri zaman dudanya selepas melangsungkan perkahwinan dengan pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP). Terus terfikir, logiknya jodoh zaman ni, akan dipertemukan di dalam kelompok yang sama. Biasanya nampak golongan profesional ni akan bertemu pasangan dalam golongan profesional juga. Artis bertemu jodoh dengan artis juga. Nasib lebih baik, artis bertemu jodoh dengan usahawan berjaya yang ada bisnes jota-jota. Doktor bertemu jodoh dengan mereka dalam bidang perubatan juga. Kebanyakan guru bertemu jodoh dengan mereka yang ada latar belakang pendidikan. Begitulah pilihan yang kita ada. Tak usah berangan nak kahwin dengan pewaris Megah Holdings jika kita hanya duduk bawah tempurung tanpa usaha melihat dunia luar. Sudahnya, sampai bila-bila pun kita tetap di takuk yang sama.


Sandwich Telur, sarapan di pagi Sabtu. Terpaksa makan roti putih sebab roti wholemeal kehabisan di rak. Memang susah nak dapat roti gandum penuh sekarang. Iman kata, kan viral roti tu sebab boleh kurus. Ya, tahupun boleh kurus, tapi puas nasihat sarapan roti tu setiap pagi, tak nak buat.. hurm. Bak kata, Kak Azie Azah, kita buat, kita dapat. Tak buat, tak dapek la den nak menolong. Dah siap buat sandwich, datang rajin nak susun dalam Portmeirion (PM) BG Botanic Tray ni. Ah, sakit hati bila teringat, ada PM pun boleh jadi isu. "Saya pun tak ada," kata orang yang gaji dua tiga kali lebih tinggi dari SK.


Tak ada salad, cuma ada tomato aje. Nak pedas, Sk masukkan juga cili padi. Memang syoklah bila tergigit, hahaha. Bahannya, telur rebus didadu, tomato didadu, cili padi hiris, serbuk lada hitam dan mayonis. Sk guna serbuk lada hitam ajinomoto yang dah sedia masin. Gaul semua hingga sebati. Roti sapu mayonis, kemudian baru letakkan inti, apitkan dengan roti lain dan potong empat bentuk segitiga. Senang nak ngap. Ni sebab rajin, kalau malas, letaklah inti sendiri, hehehe.


Tengahari, Iman buat Cocktail Susu. Asyik lalu lalang di Tik Tok, dia sibuk nak beli. Aiii, buat jer la sendiri, bukan susah pun. Cuma Sk tak letak buah-buahan cuma letak laici dalam tin, Nata de Coco dan buah-buahan dalam tin. Kacau sebati satu tin susu cair dan susu pekat sesenduk. Kemudian sendukkan secukupnya nata de coco dan buah dalam tin serta laici. Tak perlu tapis dan jangan ambil banyak airnya. Cukup yang ikut dalam senduk aje.


Petang, baru makan tengahari, hahaha. Masak Kari Ayam aje tapi mambang rajin datang, bawangnya Sk tumbuk lumat, bukannya dihiris atau dikisar. Lepas makan, tanya, Pak Inche ada nak pergi jalan? Dia tanya balik, nak pergi mana? Nampaknya, Pak Inche tak ada mood nak ke mall macam selalu. Sk pun dapatlah bersenang-lenang. Penat jugak nak pusing mall satu pusingan melayan dua beranak ni. Jadi, Sabtu jadi tapak sulaiman ajelah, hahaha.


Ayam Goreng Air Fryer lagi. Jimat sungguh gas dan minyak kalau guna AF ni. Tapi, dah kantoi dengan Pak Inche. Apalah nak dijimatkan minyak masak tu, bukan Sk yang beli pun. Beras dia beli, minyak dia beli, ayam dia beli, kunyit dia beli, garam dia beli. PM jer kena beli sendiri, hahaha.. hahaha.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. meriah tu makan macam2 kat umah je., ;p

    ReplyDelete
  2. kalau suami saya, ayam ok masak dlm AF. ikan tak boleh. rasa ikan bakar kata dia. tapi betullah kan.. memang realiti seperti dalam novel... anak tan sri dengan anak datuk sri.. cikgu dengan cikgu.. doktor dengan doktor... jarang sangat anak peneroka kahwin dengan anak tan sri.

    ReplyDelete
  3. Amboiii...macam- macam ada....sedap...tgh training tgok entry ni terus lapar...

    ReplyDelete
  4. Saya belum pandai-pandai lagi nak buat sandwich comel macam ni..Bila buat selalu sememeh..hihihi
    Tapi koktel tu menggoda tekak ni

    ReplyDelete
  5. Wooo panjang berjela sandwichnya... SK minta 3 keping!

    ReplyDelete
  6. Alahai si cocktail tu. Tak padal-pasal nak buat juga. Sikit pun jadilah.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!