Assalamualaikum WBT
Sambung kisah Hari Mengundi...
LEPAS habiskan pizza di Coffee Bean, kami ke Watsons Medini untuk membeli skincare Iman. Terlanjur dah sampai sana, singgah tapau nasi campur di medan selera Medini dan kemudian kami ke rumah Cik Ani. Tujuannya, Iman nak ambil periuk pemanas makanan. Sk beritahu Cik Ani, petang tu, Sk nak ke Senai. Cik Ani tanya, kalau Sk boleh masakkan kari bubuh sayur banyak-banyak, dia boleh menjala, nanti kami sama-sama bawa ke Senai.
Dengan tidak semena-mena pulak, Sk mengari lepas makan tengahari. Sebelum sampai rumah, singgah kedai beli daging lembu seketul yang beratnya hampir 600 gm. Selain tu, beli kentang, carrot dan kacang panjang serta tomato. Masa nak masuk simpang ke lorong rumah, nampak peniaga yang jual daging lembu segar masih berniaga padahal selalu pukul 11 dah tutup gerai. Nampak ada tulang-tulang, terus Pak Inche ajak singgah. Kisahnya, dorang tutup lewat sebab jualan lambat habis hari tu.
Mereka bolehlah pulak ingat, kami yang tempah
daging untuk masak rendang masa raya haji tuari. Alaa.. yang Sk masak
Usus Rebus Air Asam tu, beli dengan dorang la. Memang rezeki la Sabtu tu, Pak Inche beli tulang rusuk sekotak (RM40) dan tulang biasa (RM38) sekotak. Tulang rusuk tu betul-betul tinggal sekotak. Memang dia dah pek siap-siap dalam kotak plastik lutsinar tu yang beratnya sekilo setiap kotak.
Maka, jadilah Kari Tulang dan Daging Lembu dengan kentang, carrot dan kacang panjang serta tomato. Memang pakej la.. tak pernah lagi Sk masak kari letak kacang panjang. Cik Ani pesan letak sayur banyak, ala-ala kari vegetarian kan. Tapi macam tak best kalau sayur semata, jadi belilah daging. Nak beli ayam tak boleh sebab ibu tak makan ayam. Tu pun nyaris nak beli, mujur Iman ingatkan. Lepas tu, boleh pulak jumpa tulang, kan.. meriahlah kari menantu mami, hahaha.
Sk tumis bahan masakan dalam kuali, kemudian masukkan dalam periuk noxxa bersama tulang dan daging, set HP 55. Sementara tunggu tu, Sk layan K-Drama. Cuti panjang kali ni, dua siri di Disney Hotstar yang mencuri hati iaitu The Golden Spoon dan sekarang tengah layan Revenge The Others pulak. Oh, kari tadi, lepas siap HP 55 tu, barulah Sk masukkan kiub pati lembu, asam keping, kentang dan carrot, kemudian set HP 6. Dah siap, baru masukkan kacang panjang, akhir sekali, masukkan tomato selepas matikan suis. Yang dalam bekas besar tu bawa ke Senai, yang satu lagi simpan untuk rumah.
Cik Ani menjala dua kilo terus. Sk siap mengari hantar gambar pada Cik Ani, Cik Ani pun baru siap menjala. Rasa senang mengari kot dari menjala sebab mengari boleh sambil layan drama, hahahaha. Sk bawa balik 10 gulung roti jala, Pak Inche makan tiga gulung sebab dia tak ikut ke Senai. Baki tujuh gulung bawa ke sarapan pagi esoknya.
Yang kelakar, orang di Senai tak tahu pun yang kami buat ni. Cikwa balik, Izzat balik, semua ada, kan. Meriah la makan ramai-ramai.
Ada kurma telur, lauk tengahari Cik Ani, dia angkut sekali. Sk gabungkanlah kurma dengan kari.
Gemuk-gemuk roti jalanya, memang puas hati sebab pernah jumpa digulung terlalu padat sehingga tak rasa jalanya. Cik Ani pun dah lama tak menjala banyak-banyak
sejak masuk hospital hari tu. Semoga diberikan keafiaatan dan kesejahteraan kepada Cik Ani ganjaran berdiri dua jam siapkan roti jala dua kilo, Aminnnn YRA.
Sedapnya kari... kalau kari kambing lg padu kan... hihihi
ReplyDeleteBila adik beradik bergabung, mantol hasilnya 🤩
ReplyDeletesedap kari campur sayur banyak2 saya pun suka macam tu
ReplyDeleteTerliur tgk kari SK tuu
ReplyDeleteSedapnya kari SK tu...
ReplyDeleteKalau saya lebih suka makan dengan roti canai la..roti canai frozen.Kalau roti jala ni fav anak bujang.
Semoga Cik Ani kembali sihat seperti sediakala..🤲
Hebatnya Kak Ani menjala 2 kg. Kalau saya takat 7 keping saja agaknya, selebihnya jadi lempeng hehehehe.
ReplyDeleteCantik dan kemas roti jala Cik Ani.
ReplyDeleteKite dah lama tak menjala sejak adanya Ahnasofea. Macam teringin la pulaknye.
Kari tu pun nampak sedapnyeee
Rajin cik ani menjala..sampai 2 kg lg..dapat akk bygkn pnat diatu..to cantiklh roti Jala dia..kemas je.
ReplyDeletelama tk mkn roti jala..sedap tgk kari tulang tu
ReplyDelete