Assalamualaikum WBT
DUA minggu lepas, Kak Narimah tanya dengan Sk, tahu tak di mana ada jual itik? Itik yang dah masak, la.. teringin nak makan, katanya. Jika nak makan benda pelik-pelik ni, kawan-kawan pejabat memang suka merujuk dengan Sk. Kalau tahu di mana tempatnya, memang SK akan bawa jer tapi makan tu, kena bayar sendiri la, hahaha. Seingat SK, kalau pergi Food Review hotel, adalah jugak jumpa itik tapi kalau pergi makan sendiri, itik bukanlah pilihan Sk. Teringat pernah bawa Kak Imah makan di sebuah cafe di Austin, lupa pulak nama tempat tu. Kak Imah masa tu pesan Spaghetti Daging Itik, keras kematu sampai tak boleh gigit pun.
Sk terus buka page Restoran Budak Siew Mai sebab biasanya restoran ala chinese yang ada itik ni, kan. Lega.. memang ada, kata chefnya. Janjinya nak pergi minggu lepas tapi lupa betul. Hari isnin tuari baru teringat, tapi Selasa kan RBSM tutup, jadi pakatannya, hari ni la pergi, kalau tak ada apa-apa benda mustahak. Memandangkan lawatan verifikasi dan peperiksaan akhir pun dah selesai semalam, bolehlah keluar makan jauh sikit, hehehehe.
Lama jugaklah memasing membelek buku menu. Itik cuma dihidang dengan dua cara iaitu Braised Duck Noodle iaitu dimakan bersama mee atau Braised Smoked Duck iaitu itik yang dihidangkan bersama salad. Masa nak buat pesanan, kami diberitahu pesanan mengambil masa yang lama. Tengok muka Kak Imah dah kecewa. Sk tanya, berapa lama, dia kata mungkin 20 minit. Huk alohhhh.. doploh minit jer.. boleh Kak Imah, takpe.. bukan selalu.
Sementara tunggu pesanan dihantar, kami borak-boraklah pasal selera makan suami masing-masing. Bukan mengumpat, cerita-cerita aje. Takkanlah nak mengadap handphone aje kan. Tiba-tiba hidangan dah sampai ke meja. Tak terasa pun 20 minit tu. Terkesima kami bertiga tengok hirisan daging itik tersusun atas salad dalam pinggan hitam besar gedabak tu.
Sk pesan nasi putih dengan Lauk Chicken Buttermilk, lauk yang selalu jadi pilihan Iman setiap kali ke sini. Selalu jika ke sini, Sk makan Hor Fun tapi kalau tengahari tak dapat nasi, takut jadi taufan pulak di perut ini, hahaha. Selain nasi, wajib jugak ada sayur dan pilihan Sk, Kailan Garlic.
Minat juga makan itik ye SK?
ReplyDeleteItik ternak dagingnya lembut.
Itik kampung dagingnya keras... kalau itik tualah hihihihii!
Amboi oyen tu diam2 buat kerja part time
ReplyDeletehahaha standard lah tu kalau tunggu 20 minit. Cantik lah susunan daging itik tu
ReplyDeleteSaya tak pernah makan daging itik. tak tau bagaimana rasanya.
ReplyDeletelahhh haah la...sini pun ada oyen hahahahahhaha! tadi baca kat entri uncle jabb's, rupanya sini dak oyen pun ada..
ReplyDeleteteringat itik salai nogori..kalau ada yang dari sana nak ke sini memang awal2 kirim itik salai
ReplyDeleteSaya suka itik.
ReplyDeleteLagi2 kalau itik nila dan itik angsa..
Daging itik kan merah gelap macam daging burung..sedap