TONTON FILEM HARUM MALAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

DAH lama tak tengok wayang di Panggung Wayang Gambar (pawagam). Bila filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang, ditayangkan, tidak pula rasa teruja nak menonton padahal Ops Helang ni merupakan genre filem kegemaran Sk. Nampak pulak iklan  filem baru lakonan Remy Ishak, Bront Palarae dan Nadiya Nisaa, Harum Malam. Filem genre seram, kan.. lekas-lekas suruh Iman beli tiket.


Dulu-dulu, kalau nak tengok wayang anak beranak, Sk la tukang beli tiket, sekarang semua suruh Iman. Bukan dah tak reti tapi malas dah nak memikio. Tu takpa, dulu kita jalan depan menunjuk arah panggung dan tempat duduk, sekarang dia pulak yang jadi guide emaknya, hahaha.


Macam selalu, pilih tayangan pagi sebab harga tiket lebih murah. Dua dewan dibuka untuk tayangan sebelum tengahari iaitu hall biasa dan premiere, kami pilih premiere sebab lebih selesa dengan skrin lebih lebar dan ada tandas sendiri. Harga tiket RM18 seorang tidak termasuk cas lain. Tak silap total dalam RM38.50 kot.


Semua seat dalam premiere hall ni merupakan double seat. Kali ni ambil barisan A. Rasanya termasuk seat kami, ada empat atau lima seat saja yang diduduki penonton.


Seat sebelah sana kosong sampai tamat tayangan. Kami tak beli popcorn atau minuman atau apa-apa makanan pun sebab dah kenyang sarapan sandwich di rumah.


Blous putih ikut trend katanya. Dari kepala sampai hujung kaki ditaja, kecuali jeans aje beli sendiri, hahaha. Tudung saiz segiempat sama jenama The Selamah pemberian rakan sekerja di pejabat, katanya sebab banyak bantu selesaikan kerja-kerja dia.. terharuuuu. Eh, bukan dia bagi Sk seorang, ada juga rakan-rakan lain yang dapat. 


Tudung ni dipanggil tudung bawal, kan.. padahal bawal tu merujuk kepada jenis kain. Setengah jam Sk nak bentuk tudung biar muncungnya duduk elok-elok kat dahi, pun senget jugak, hahahaha.


Premiere Hall ni menggunakan recliner sofa bukan seat panggung biasa. Boleh buat macam-macam gaya duduk ikut keselesaan masing-masing. Bagi Sk, cukuplah seat macam ni aje, tak naklah yang siap tilam sekali tu.. hihihi. Tapi, kalau free suka aje. Ada ke orang tak suka benda free? Hahaha.

Eh...meh la kita ulas sikit tentang filem Harum Malam ni.


Sinopsis Harum Malam

Iqbal (Idan Aedan) mempunyai kemampuan untuk melihat makhluk ghaib serta kemahiran untuk mengubati penyakit mistik yang diwarisi daripada ibunya, Dina (Nadiya Nisaa). Pelbagai kejadian misteri telah melanda setelah bapanya, Norman (Bront Palarae) ditugaskan untuk menjaga rumah kaca kepunyaan Jamil (Remy Ishak).

Kisah bermula dengan empat remaja yang tinggal di sebuah rumah pangsa. Iqbal yang baru kematian ibunya dihantui oleh peristiwa sebelum ibunya meninggal dunia. Iqbal berkawan baik dengan Nurul, gadis tomboi yang menggelarkan dirinya Ah Boy.


Iqbal yang boleh melihat makhluk ghaib mahu menjadi remaja normal seperti kawan-kawannya yang lain. Suatu hari, bapanya diupah untuk menjaga Rumah Hijau yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan eksotik milik Jamil. Iqbal pula membawa rakan-rakannya masuk ke dalam rumah hijau tersebut dan rakan-rakannya telah bertindak menanggalkan sekeping kertas mantera yang ditampal pada satu pintu kayu dalam rumah tersebut.


Ulasan : 

Sebagai penonton, kita boleh tahu, mesti akan berlakulah gangguan selepas kertas mantera dicabut, kan. Dan berlakulah kematian misteri seorang demi seorang rakannya yang gatal tangan mencabut kertas mantera tersebut, termasuklah beberapa penghuni rumah pangsa. Iqbal yang telah berubat membuang hijab dan kebolehannya akhirnya membuat keputusan mengambil risiko demi menyelamatkan Ah Boy. Maka,  terbongkarlah  misteri (yang boleh dijangka) di sebalik kematian yang berlaku melibatkan penghuni rumah pangsa.


Tak ada wow faktor dalam filem ini. Sepanjang menonton, Sk dibayangi filem Pengabdi Setan 2, mungkin kerana watak bapa lakonan Bront Palarae yang agak stereotype dengan watak bapa yang dilakonkannya dalam filem Pengabdi Setan. Latarbelakang tempat kejadian iaitu rumah pangsa yang uzur juga seakan-akan latarbelakang tempat dalam Pengabdi Setan 2.


Begitu juga dengan Rumah Hijau yang mejadi tempat Jamil menyimpan koleksi pokok dan haiwan eksotik miliknya. Ia mengingatkan Sk pada sebuah novel lama tulisan Ramlee Awang Mursyid, Ungu Karmila. Cuma kelainannya, pokok Harum Malam yang Jamil bawa dari Sumatera yang diangkat menjadi tajuk filem ini mempunyai penjaga atau penunggu. Mungkin juga rupa pokok Harum Malam yang bagi Sk agak melucukan menjadikan ia tidak seseram mana.


Keseluruhannya, filem Harum Malam ini tiada originaliti dan biasa sahaja seramnya. Nak kata best sangat pun tidak, nak kata tak best pun tidak juga. Bolehlah buat raso-raso selepas lama tidak menonton lakonan Remy Ishak di layar besar, hahahaha. Walaupun begitu, lakonan semua tersangatlah mantap begitu juga lakonan pelakon baharu boleh dibanggakan dan boleh menjadi pelapis kepada pelakon sedia ada yang mula meningkat usia.

⭐⭐⭐


Lepas menonton, memang ngam la waktu lunch, kan. Ajak Iman makan di Medan Selera Paradigm Mall. Dah remaja purba ni, memang Sk suka makan nasi campur aje. Tak macam zaman remaja dulu, suka makan nasi goreng la.. nasi tomato.. nasi ayam. Sebenarnya senang nak bajet kalau pilih makanan panas yang dah dipamerkan harga sekian-sekian, kan. Macam semalam, Iman ambil Ayam Berlado dan Kentang Berlado, Sk ambil Keli Masak Lemak Cili Api Daun Kunyit, Peria Goreng Rangup dan Terung Berlado, kena RM21. Murah, kannn.. Sk siap tanya, dah kira dua-dua ke? Iman kata, kalau 21 sepinggan tu, bonda jugak yang terkejut nanti, hahahaha. 
Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kita macam nak tengok tapi xde geng la....pokok harum malam tu macam tu ke rupanya..apesal mcm pelik erk...

    ReplyDelete
  2. Banyak gunanya dak Iman ni ye SK. SK lenggang kangkung ajelah hahahahaa.

    ReplyDelete
  3. Baru tadi dgr di radio Remy Ishak promosi filem ni...
    Selesa betul nampaknya dlm pawagam tu.

    ReplyDelete
  4. Lama tak tengok wayang sejak ada anak kecik ni.. SK sebut Ungu Karmila, teringat pulak dengan novel tu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!