MENGOPI DI KOPITIAM KAMPUNG

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT

ALHAMDULILLAH.. hari ini Sk dan Pak Inche menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 24. Syukur kepada Allah swt yang memberi kekuatan, kesabaran dan ketabahan untuk kami menepis pelbagai onak duri sepanjang 24 tahun ini. Tiada bahtera yang tidak dilambung ombak, tiada bumi yang tak ditimpa hujan. Hanya yang melaluinya sahaja yang faham.


Okey, kali ni Sk nak bawa pembaca ke tepi laut Pontian ni atau juga dikenali sebagai Tambak. Ada beberapa restoran makanan laut (non-muslim) didirikan di tebing ni dan terselit pulak sebuah kopitiam.


Kopitiam Kampung namanya. Pesanan dibuat secara manual dan bayar di kaunter selepas makan.


Bangunannya tidaklah kampung, ia merupakan rumah kedai.


Menunya ringkas, antaranya nasi lemak dan masakan panas. Pak Inche makan Mee Kari tak ada telur. Telur habissss 🤭 tapi tak tolak harga.


Sk makan roti bakar dan minum Kopi Cham. Aishhh.. takkan dah sampai kopitiam nak minum ais kosong pulak, kan. Sekali-sekala la tu kononnya, hihi.


Nak ke sini, waze aje Kopitiam Kampung!


Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. tenangnye minum kopi sambil tengok pemandangan.. :)

    ReplyDelete
  2. sekali sekala ke? macam takleh caya je...hihihi... eh telur habis gantilah dengan mak telur tu..ayam sepotong dua barulah adil lagi segiempat sama

    ReplyDelete
  3. Best tu, pekena kopi dengan roti bakor, tepi laut.

    ReplyDelete
  4. ingatkan sebab tempat dia kat kampung akak, rupanya nama kedai hehhehe

    ReplyDelete
  5. Happy Wedding Anniversary untuk merpati dua sejoli...Semoga bahagia hinggal ke Jannah

    ReplyDelete
  6. Entah bila nak explore Pontian pulak..Happy wedding anniversary SK dan Pak Inche

    ReplyDelete
  7. Selamat merayakan hari ulang tahun pernikahan yang ke-24 ya Mbak.
    Semoga berbahagia selalu selamanya.

    Hmmm...sudah lama saya tidak menikmati Kopi Tiam. Jadi kangen deh. Apalagi plus roti bakar. Mantap rasanya...

    Salam,

    ReplyDelete
  8. biasalah tu kedai... bila kita ambil juadah tak sampai sesenduk masih caj ikut harga senduk..tp bila dorang yg bagi juadah tak complete ahaksss...taknak pulak didecuct harga

    ReplyDelete
  9. Dah lama juga pernikahan kakak yaa, 24 tahun ❤️. Saya doakan bisa mencecah gold marriage 50 tahun 🤗

    Kopi dan roti bakar, memang sesuai lah. Walopun saya penasaran juga dengan menu mie kari nya 🤤

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!