TAPAU NASI PADANG RUMAH MAKAN PAK ALI

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT


BALIK kerja dua hari lepas, Pak Inche ajak tapau Nasi Padang di sini. Dekat jer ni dengan pejabat Sk tapi akhir-akhir ni baru perasan kewujudannya. Rupa-rupanya memang baru sahaja dibuka, bila Sk tanya Angah. Pejabat Angah belakang kedai ni je.


Teruja bila masuk ke dalam restoran, betul-betul macam berada di negara Indo, hehehe. Lauk-lauk telah siap diceduk dalam piring-piring mungkum kecil cuma bezanya, kita kena pilih lauk yang kita mahu, dia hantar ke meja. Jika di Indo, mereka terus hidang ke meja, mana kita sentuh, yang itu kena bayar.


Dinding ditampal poster besar gambar Istana Pagaruyung Batu Sangkar. Maaf jika Sk silap. Lupa nak menanya dengan staf kedai tapi menurut staf, tukang masak berasal dari Padang, Indonesia. Kami tak makan situ tapi tapau lauk makan malam.


Pak Inche minta Gulai Urat. 


Gulai Tetel.


Lepas tu dia cadangkan jugak Sk ambil lauk apa. Dia suruh ambil Rendang Daging ni padahal dia yang nak.


Di sebabkan dah banyak lauknya, Sk cuma tambah lauk terung berlado dalam bungkusan nasi Sk dengan Sambal Hijau.


Manakala Pak Inche ambil Sambal Merah dan Telur Rebus.


Semua sekali, RM46.50. Staf kira masuk dalam sistem terus ya, bukan ketek ketek ketek guna calculator 😆. Setiap lauk ada porsi dan harga, semua dia cedukkan. Gulai Urat wassalam malam tu jugak, tinggal tiga empat ketul tetel dan rendang daging banyak jugak lagi. Malam tadi Sk masak nasi baharu dan panaskan rendang dan gulai tetel tambah dua biji telur rebus. Pak Inche pulak tambah dua peha ayam goreng (goreng sendiri) dan pedal ayam.

Syukurrr.. wassalam semua, tu pun hampir tak habis juga, Sk la terpaksa jadi Majlis Bandaraya 🙈🙈🙈.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Lin gan Suami pengemar Nasi Padang, mana² makan, suka jenis ceduk sendiri, dan pilihan takat ni di Pekan Masai dan Kampung Melayu.. merata dh cuba, next boleh cuba sini plak..

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap, masakan padang. Udah bertahun-tahun tak makan, last sekali masa kerja KL, lebih 15 tahun dulu. Haha...

    ReplyDelete
  3. wahh..sedap sedap tu... Gulai urat tu payah nak jumpa

    ReplyDelete
  4. sedapnya tgk terung balado... lama dh x buat

    ReplyDelete
  5. Hahahahaha, sampai minumannya pun teh pucuk dan teh Sosro yaa kak 😄. Indonesia sangaat. Cuma kalo dihitung, tak mahal harganya. Ada beberapa resto Padang di jakarta sini, yg harganya ampuuuun Minah 🤣🤣. Beberapa favorit anak saya pula. JD kalo makan di sana, tak mau sering2, habis banyak sekali pesan 😅

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!