Assalamualaikum WBT
SIMPANKAN... balas Iman pada ig stories Sk, Udang Galah Masak Lemak Cili Api. Petang semalam, lepas kerja Sk terus ambil dia di kolej. Kebetulan hari ini Iman nak guna kereta, jadi, semalam tu, ikut balik sebab nak ambil kereta dan bolehlah makan masak lemak cili api kegemaran dia.
Sk sampai rumah, terus panaskan nasi dan lauk. Ya, nasi kelmarin ada banyak, jangan membazir. Kemudian, suruh Iman layan diri. Suruh makan awal sebab kena balik U semula untuk menghadiri mesyuarat kelab. Nak menunggukan babah makan sama-sama, risau tak sempat dan tergesa-gesa.
Tambah lauk baharu, mula Pak Inche minta Ayam Sambal tapi baru jer masak hari tu. Lagipun leceh nak kena goreng dulu ayamnya, lemahhh.. hahaha. Kemudian, Pak Inche kata, Sotong Kicap ajelah. Haaa.. itu senang walaupun sebenarnya Sk lagi suka Sotong Masak Hitam. Dua-dua pun senang sebenarnya, campak aje sotong dalam kuali yang ada sedikit minyak panas, campak halia, bawang potong bulat dan cili api, shiapppp!!
Haaa.. alasan kuat tak nak luluskan permohonan masak Ayam Sambal. Baru jer masak kurang dua minggu sudah cuma tak masukkan lagi dalam entri baharu pasal dah tak tahu apa nak tulis cerita Ayam Sambal ni, hahahaha. Balik-balik, Ayam Sambal yang kau masak, Sk uiii!
🤣🤣🤣
Hehe.. sedap apa, ayam sambal. Cuma nak menggoreng ayam dulu tu la, kan, malas. Besarnya udang galah. Lama saya tak makan. Cedap!
ReplyDeletesemalam saya pun buat sotong kicap... hehehe
ReplyDelete