Assalamualaikum WBT
SELEPAS menghadiri Majlis Walimatulurus Syahmi dan Amylia di Kulim, Sk dan Pak Inche meneruskan perjalanan ke selatan. Pak Inche mengajak singgah makan Mee Udang di Taiping. Haishhh.. tak kenyang-kenyang ke? Mana nak sumbat Mee Udang, kopi-kopi bolehlah. Sk buat carian kopi viral di TT, tetiba lalulah pulak Cendol KTM. Sk nak kopi, Pak Inche nak cendol. Sk mengalah.. selamat duhet akuuu! Sebab konsep kami, siapa punya cadangan menang maka dialah yang belanja 🤣.
Tapak stesyen lama Keretapi Tanah Melayu (KTM) Taiping ini dibaik pulih dan dijadikan medan selera yang menjual makanan jalanan (Food Street) seperti cendol, laksa dan rojak termasuklah restoran mamak. Kami berjalan ke hadapan sedikit mencari peniaga cendol muslim.
Kedudukan kedai ini di tengah-tengah stesen sememangnya menjadi tumpuan.
Menu.. murah-murah. Tengok cendol biasa, harganya baru RM1.50. Kat Johor memang tak dapatlah harga ni ðŸ¤.
Dulu-dulu, nak naik keretapi masuk ikut sini la kan. Sk ingat lagi dulu hantar Along Nita naik keretapi akhir tahun 80-an kat Stesen Johor Bahru, macam ni la rupa pagarnya, hihi. Tak silap masa tu, jika nak masuk dalam ni untuk menghantar penumpang, kena beli tiket berharga 20 sen. Pengalaman yang tak terlupakanlah, masing-masing pegang tiket comel tu, pesan-pesan jangan hilangkan 🤣. Oh, di sini, KTM telah membina stesen yang baharu bersebelahan dengan bangunan lama.
Terkenang semasa dulu ke tu?
Sk suruh Pak Inche bergaya macam pelancong, terus dia pakai spek ðŸ¤.
Brother John kata, the weather is very hot, he want cendol.
Tengah minum cendol, pasembor dan laksa pun sampai. Makan kongsi-kongsi, Sk menurut sajalah mana-mana yang Pak Inche nak makan. Tu pun dia dah keliru, nak laksa atau mee rebus ðŸ¤. Pasemboq.. haruslah kannnn.
Laksa sedap, pasembor sedap juga, tidak mengecewakan.
Federated Malay States Railway (FMSR).
Stesen keretapi Taiping merupakan sebuah stesen kereta api yang terletak di Bandar Taiping, Perak, Malaysia. Stesen ini adalah stesen keretapi yang pertama di Malaysia yang dibina pada tahun 1882. (Dalam gambar dinyatakan tahun 1885)
Kaunter tiket keretapi dikekalkan, rare! Kini ia digunakan sebagai kaunter bayaran di Cendol KTM Taiping Railway.
Pelancong dari Afrika, kata Pak Inche. Sk musykil kenapa sepupu dia cerah 😆. Tulah, suka sangat main bola tengahari buta masa sekolah-sekolah sapa suruh? Siap kena kejar dengan mak ya sebab dah waktu nak masuk sekolah 🤣 dia tak balik lagi dok main bola tengah panas.
Cendol KTM Railway ni dibuka setiap hari KECUALI AHAD, 12 tengahari hingga 6.30 petang.
Nak ke sini, waze aje Cendol KTM Taiping Railway Station 🤗
SK...linda selalu lalu je...tak singgah pun...geram betul, umah MIL kat kamunting, taiping je...tp yelah, kita balik kg sekejap2..lepas tu time tu lah nk singgah umah maklong lah,makngah lah, maktam lah...pergi berziarah cnfrm perut kyg dah disajikan mcm2, nk menyinggah makan pulak..mau pecah perut...kikiki
ReplyDeletesaya juga suka laksa sama cendol... ^_^
ReplyDeleteBagus juga ada gerai-gerai di KTM lama, bangunan akan terjaga.
ReplyDeleteSaya tak pernah cuba laksa dan cendol tu. Tapi mamak stesen ktm tu, saya pernah try. Macam unik, bayar cendol di kaunter ktm. Hehe..
ReplyDelete