MC MING PROSPERITY DAGING KAMBING

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT

ASYIK lalu-lalang di wall fb, Ramly Burger mempromosi produk dan cawangan pasaraya Ramly Burger di seluruh Malaysia. Dalam perjalanan balik dari utara, Sk mengajak Pak Inche singgah ke cawangannya di Pagoh, satu-satunya cawangan Ramly Burger di Johor. Tujuannya nak cari produk Kambing Perap yang dipromosikan tapi tak ada. Ternampaklah pulak Kambing Oblong. Sk tengok oblong daging lembu tak ada stok, ada oblong daging ayam tapi untuk kegunaan jual bermasak, bukan untuk dijual mentah. Teringat Mc Ming Burger ala Prosperity Burger M Besar, Sk capai sebungkus. Boleh tahan keras jugak harganya, RM22.45 sebungkus (5 keping).


Sejak Khamis makan di kedai, malam ni gigih Sk masak Mc Ming Kambing 🤭.

Gigih nak masak tu sebab sayangkan daging burger yang dah lembik. Bayangkan berada dalam but kereta lebih dua jam apabila kami sangkut lebih 30 minit dari Sedenak hingga Kulai.

Bila Sk beritahu nak masak malam ni, Pak Inche kata kena beli bawang holland, tak ada bawang holland tak jadi burger prosperity 😌. Lepas tu nak kena cari roti jugak. Tanya dalam group mana nak cari roti oblong, Cik Ani kata, nanti dia tolong belikan roti, tapi Cik Ani beli roti perisa vanilla, hehehe. Ni roti aiskrim, kata Sk. Cik Ani tunjuk kat plastik roti ada gambar burger 🤭.

Bolehlah.. tapi kena jugak ke kedai sebab nak guna bawang holland dan bila baca resipi rupanya kena guna cendawan shitake jugak. Lepas tu nampak ada Roti Perancis, belilah sebatang, potong tiga jadilah roti oblong 🤣.

Tentu ramai yang dah tengok tapi belum cuba sendiri Mc Ming Burger ni kan.. jom kita buat!


4 ulas bawang putih dicincang halus.


Setengah biji bawang holland dipotong melintang.


Bilas lada hitam 


Tumbuk halus lada hitam


2 sudu mentega dipanaskan


Tumis bawang putih


Masukkan bawang holland (tinggalkan sedikit untuk tabur dalam burger), kacau hingga layu


Masukkan cendawan shitake yang dihiris nipis


Masukkan sesudu besar tepung jagung


Masukkan 1 1/2 cawan air


Kacau hingga tepung larut


Masukkan 2 sudu sos tiram


Masukkan sedikit kicap lemak manis


Sk tambah sedikit kicap pekat


Masukkan 2 sudu lada hitam ditumbuk 


Masukkan 1 kiub pati lembu


Kacau sebati kemudian masukkan dalam jug pengisar


Kisar halus


Pertama kali Sk masak burger kambing


Panggang hingga masak


Roti Perancis potong tiga bahagian kemudian belah dua, sapukan mentega.


Panggang sebentar dalam kuali leper


Celupkan patty burger dalam sos yang dikisar tadi, letak atas roti.


Taburkan baki hirisan bawang holland kemudian lapikkan roti yang sebelah lagi.

Sedia dinikmati, sedappppp!!!

Tenkiu, Ming Ming!

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Menggoda betul. Terus rasa hendak cari daging oblong.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya!! Ramly dkt sana best mcm² ada... kat sini limited produk Ramly

    ReplyDelete
  3. dah sebulan mencari bahan2nya kak asyik sold out...penangan KA punya pasal,
    haritu dah jumpa roti oblong bijan tapi daging pula tak ada...huwaaa geram dah teringin sangat ni

    ReplyDelete
  4. Wah, dia dah cuba la resipi McMing ni. Ada jugak teringin nak cuba tapi bila ke kedai asyik lupa je nak beli bahan2 hehe

    ReplyDelete
  5. kelihatan enak banget...ammi pun nak try juga tapi macam nak buat patty sendiri aci tak? nak beli keras nau harga

    ReplyDelete
  6. McMing belum sampai ke dapur saya, tapi seringkali menari-nari di halaman.
    Memang ada beza kan bawang besar holland dengan bawang besar lain.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!