MAKAN LAKSA JOHOR DI DEL'S KITCHEN

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT


CERITA masa cuti Hari Thaipusam, petang tu Pak Inche ajak ke Plaza Pelangi. Ada warehouse sale anjuran Sport Planet, diskaun giler babas 🤣. Lepas tu kita pergi kopi-kopi, Pak Inche mula pasang umpan. Sk terus teringat Laksa Johor Del's Kitchen. Oket, jom.. jom!


Dari ruang parkir, kami gunakan lif untuk naik ke tingkat 4. Pak Inche belanja sehelai track suit dan sepasang kasut lari. Tak dapat lari 10 kilometer sehari macam Nur di Lumut pun tak apa, nanti nak brisk walk aje la, tapi dah 4 hari masih tersadai lagi kasutnya tu haaaa.. 🤭.


Hari pertama, orang belum ramai lagi. Masih banyak saiz dan design. Memang berbaloi sangat la, bayangkan diskaun sehingga 80% siapa nak bagi? Selesai membuat bayaran, kami ambil eskelator ke tingkat bawah. Tengok-tengok, tak ada dah Del's Kitchen kat tempat selalu. Laaa.. mana dia pergi? Pak Inche ajak kopi-kopi di Gigi Coffee jer. Hurmm.. tak naklah mengopi pakai cawan kertas buat apa? Orang nak kopi dalam cawan lawo ☕.


Cari-carilah cafe lain yang memenuhi citarasa, terpandang Del's Kitchen di sudut sana. Dah pindah rupanya, seingat Sk dulu tempat ni SDS Cafe. Wahhh.. nampak lagi selesa berbanding dahulu perniagaan DK hanya di ruang legar.


Mee Siam Kuah, RM10



Laksa Johor, RM12 dan Pie Tee, RM10/5's serta Hot Americano, RM5.


Tak risau minum Americano petang-petang sebab esoknya Jumaat, hari liburrrrr.


DK memang dikenali dengan kelazatan Laksa Johornya malah Laksa Johor DK sering menjadi pilihan setiap kali ada majlis rasmi rumah terbuka MB Johor sejak dulu. 


Pie Tee disusun di atas beras.


Porsi dan harga berpatutan bagi seorang makan.


Pelbagai variasi, tepuk dada tanya selera.


Selain Pie Tee, ada juga pelbagai penganan lain, sesuai bagi mereka yang hendak minum petang di sini.


Selain masakan tempatan, ada juga masakan barat.


Pilihan minuman panas dan sejuk.


Juga Juice dan Mocktails.


Bila dapat bil bawah RM50, haruslah terkejut. Selalu makan kat cafe koman-koman kena RM70+. Oh, DK sekarang cuma ada sebuah sahaja cawangan tau, yang di Educity Medini tu dah tutup.


Belikan kasut baru untuk Iman. Mintak-mintaklah muat. Pak Inche kata, hadiah hari jadi merangkap kasut raya 🤣. Terkejut bila scan RM99 sebab tak silap masa pilih-pilih tu macam RM149.


Kasut lari Sk jenama Umbro. Semoga sedap dipakai, nak jalan kat taman aje. Kasut ni, RM89.


Nampak handbag budak kiut betul! Belanja Zulaikha seketul 😍, seketul doploh.


Comel kan.. dulu masa kecik-kecik, tengok budak-budak lain pakai beg tangan kecik ni, jealous betul, hahahahaha.


Windbreaker, RM149. Nak pakai pergi stadium sesi 2024.


Pak Inche pakai kasut baru pergi pejabat hari ni. Kasut Puma harga berapa lupa dah, seratuih lebih jer harga asal mahal ya. Kemahen remaja purba pakai kasut macam orang muda. Sekarang, dah tak pakai kasut kulit ya ke pejabat. Kemeja pun lepas luar jer. Padan la tu dengan budak-budak sekolah sekarang yang tak nak pakai uniform dah, huhu.

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kasut Iman lebih kurang sama Lin punya, Sabtu hrtu Lin pergi, beli sorang sepasang termasuk Amat, nasib muat kasutnya sebab orangnya tak ikut.. murah kann Kakkk.. berbaloi² .. cuma tu laa, dpt kasut hilang ingatan plak lupa nak singgah Del makan Laksa hahahahah adoiii

    ReplyDelete
  2. kalau pergi kedai kasut...memang geram je tgok kasut2..rase nak beli je banyak2...hihihi

    ReplyDelete
  3. Cantik hidangan laksa. Pie tee tu 10 ketul pun boleh muat perut saya.

    ReplyDelete
  4. kasut biru tu macam kasut adik.. :D..

    ReplyDelete
  5. Cafe menarik. Tertarik juga dengan buku menunya, minimalist. Baca di blog Kak Nur laksa Johor, datang sini Laksa Johor juga. Dah tu, kita pula rasa nak makan laksa Johor. Wahh cantik kasut Iman. Ngam dengan Iman tu. Pak Inche pun tak mahu kalah ye. hehe...

    ReplyDelete
  6. Kasut Iman tu kalau tak muat...rasanya kaki makngah muat ni🤣

    ReplyDelete
  7. kasut umbro tu boleh je pakai pergi jjcm kak...hehe

    ReplyDelete
  8. Ok, saya catat tempatnya, nanti nak coba laksa Johor kalo kesana 😍.

    Aiiish tas nya kecil sangat ternyata yaaa, baru kliatan setelah dipegang 🤣. Difoto awal msh kliatan agak gede 😅

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!